SC mengambil bahagian dalam organisasi kawal selia antarabangsa dan dalam inisiatif antarabangsa yang berkaitan yang menyediakan saluran penting bagi Malaysia untuk memberikan sumbangan yang sepatutnya dalam membentuk pengawalseliaan sekuriti antarabangsa. Pada masa ini, SC mempengerusikan Forum Pasaran Modal ASEAN, yang mengandungi pengawal selia pasaran sekuriti utama ASEAN. SC ialah ahli Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO) dan membantu kerajaan Malaysia dalam tugasnya di forum antarabangsa seperti Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO), ASEAN dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
|