Program Pengurusan Latihan Siswazah Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Program Latihan Mahasiswa
Jawatan Kosong Biasiswa Laman Utama

Program Siswazah Pelatih Pengurusan

 

Sekiranya anda seorang yang cemerlang dalam akademik dan juga berminat dalam bidang bukan akademik – seperti sukan, drama, muzik atau melakukan kerja-kerja sukarela dengan NGO – dan baru saja menamatkan pengajian atau akan menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda dalam bidang seperti perakaunan, ekonomi, undang-undang, matematik, pengajian perniagaan, teknologi maklumat, kejuruteraan, sains, falsafah dan bahasa, anda boleh menimbangkan untuk menyertai SC sebagai Pelatih Pengurusan.

Anda perlu memiliki pemahaman yang boleh diterima mengenai jenis kerja yang kami lakukan di SC, dan boleh memberitahu kami pada masa temu duga, bagaimana perkembangan kerjaya anda boleh selaras dengan apa yang kami lakukan. Anda seharusnya boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik dan fasih dalam Bahasa Malaysia. Fasih dalam bahasa Mandarin atau bahasa asing merupakan kelebihan tambahan.

Jika anda berminat untuk menyertai Program Pelatih Pengurusan dan seterusnya bekerjaya dengan SC, sila muat turun borang permohonan yang terdapat dalam format pdf dan MSWord.

Anda boleh menghantar borang permohonan yang sudah lengkap diisi bersama resume melalui e-mel ke recruit@seccom.com.my atau hantar ke alamat yang berikut:

Jabatan Sumber Manusia
Suruhanjaya Sekuriti
3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
Tel: 603-6204 8000
Faks: 03-6201 5201

Terima kasih kepada semua pemohon. Calon yang disenarai pendek akan dihubungi.