PENGENALAN

SC diberikan kuasa untuk mengeluarkan lesen bagi pengantara pasaran yang berikut, yang mana aktiviti mereka tertakluk di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993:

Sekuriti

Niaga Hadapan

Peniaga

Broker Niaga Hadapan

Wakil Peniaga

Wakil Broker Niaga Hadapan

Pengurus Dana

Pengurus Dana Niaga Hadapan

Wakil Pengurus Dana

Wakil Pengurus Dana Niaga Hadapan

Penasihat Pelaburan

Penasihat Dagangan Niaga Hadapan

Wakil Pelabur

Wakil Penasihat Dagangan Niaga Hadapan

Pelesenan memastikan wujudnya satu tahap perlindungan pelabur yang mencukupi, termasuk peruntukan bagi perlindungan yang secukupnya dalam melindungi pelabur daripada kemungkiran oleh pengantara pasaran atau masalah yang timbul daripada ketaksolvenan pengantara yang sebegini. Lebih penting lagi, ia menanamkan keyakinan di kalangan pelabur bahawa organisasi dan individu yang berurusan dengan mereka akan melayani mereka dengan adil dan cekap dan bersikap jujur dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Melalui kuasanya untuk mengeluarkan lesen, SC mengawal selia pasaran dengan memastikan kelayakan dan kesesuaian syarikat dan mereka yang memohon lesen. Dalam menimbangkan sama ada seseorang pemohon itu layak dan sesuai memegang lesen, SC mengambil kira faktor-faktor yang berikut:

  • Kejujuran yang tidak diragui
  • Kebolehan melaksanakan fungsi dengan cekap, jujur dan adil
  • Status kewangan
  • Reputasi, perwatakan, integriti kewangan dan kebolehpercayaan

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan di bawah: