SC Sepintas Pandang Kerjaya di SC Bangunan SC
Hubungi Kami Laman Utama    

HUBUNGI KAMI

Kemukakan Aduan

Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan kami meneliti aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan untuk menilai sama ada terdapat kesalahan bawah undang-undang sekuriti. Kami mengalu-alukan semua jenis aduan yang berkenaan kerana aduan-aduan tersebut memberikan peringatan kepada kami mengenai aktiviti salah laku yang berlaku dalam industri atau trend baru melibatkan penipuan pelaburan.

Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada SC.

Bagaimana Hendak Mengemukakan Aduan?

Anda boleh mengemukakan aduan dengan melengkapkan borang yang berikut:

  • Cetak dan gunakan borang PDF ini dan faks atau hantar ke alamat di bawah
    (Bahasa Malaysia/ English)

    Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan
    Suruhanjaya Sekuriti
    3 Persiaran Bukit Kiara
    Bukit Kiara
    50490 Kuala Lumpur

    Tel: 603 6204 8999
    Faks: 603 6204 8991
    E-mel: aduan@seccom.com.my

Berikut adalah contoh kategori aduan:

  • Aduan mengenai syarikat-syarikat awam tersenarai;
  • Aduan mengenai pengantara-pengantara berlesen;
  • Aduan mengenai pendaftar-pendaftar saham;
  • Aduan mengenai rumah-rumah penerbitan;
  • Aduan mengenai bursa-bursa;
  • Aduan mengenai urus niaga dalam unit amanah;
  • Aduan mengenai urus niaga dalam sekuriti; dan
  • Aduan mengenai urus niaga dalam niaga hadapan.

Apa yang Perlu Ada Dalam Aduan?

Pemprosesan yang cekap dan berkesan hanya boleh dilakukan sekiranya maklumat yang diberikan tepat dan lengkap. Walau pun pengadu tidak dikehendaki memberikan maklumat melebihi daripada apa yang dikehendakinya, maklumat yang kritikal diperlukan bagi membolehkan penilaian yang betul dilakukan terhadap aduan tersebut termasuklah:

  • Nama pengadu, alamat surat menyurat dan e-mel, dan nombor telefon;
  • Nama, alamat surat menyurat dan e-mel, nombor telefon, dan alamat laman web mana-mana pihak yang disebut dalam aduan; dan
  • Butiran khusus mengenai bagaimana, mengapa dan bila perkara yang diadukan itu berlaku.

Apa Berlaku Selepas Sesuatu Aduan Difailkan?

Setiap aduan akan dikaji dan dinilai untuk dirujukkan kepada jabatan yang berkenaan di SC. Sekiranya didapati ada kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang sekuriti, perkara tersebut akan dirujukkan kepada Jabatan Penyiasatan SC untuk siasatan lanjut. Menjadi dasar SC untuk menjalankan siasatannya secara sulit untuk memelihara integriti proses siasatannya serta melindungi mereka yang berkemungkinan dituduh tanpa berasas atau yang mana SC menentukan bahawa tindakan penguatkuasaan tidak perlu atau tidak sesuai.

SC tidak boleh, di bawah undang-undangnya, menyatakan sama ada wujud atau tidak siasatan dan sebarang maklumat yang dikumpulkan.

Sebarang tindakan yang diambil oleh SC dilakukan bagi dirinya sendiri. SC tidak akan melakukan timbang tara dan tidak bertindak sebagai peguam atau penasihat. Jika mengalami kerugian, pihak yang menanggungnya perlu memfailkan tuntutannya, sama ada bagi melakukannya sendiri atau mendapatkan khidmat peguam