Dewan Persidangan
(Untuk melihat dewan, klik di sini. Memerlukan Apple Quicktime) |
Dewan Persidangan Utama yang terletak di Aras Tanah, mempunyai tempat duduk gaya teater untuk 700 orang dan 300 tempat duduk gaya bilik darjah. Dewan ini dilengkapi dengan audio-visual, peralatan bunyi dan kamera video moden yang boleh memancarkan imej ke tiga skrin boleh sentut yang siap bina. Dewan ini juga dilengkapi dengan petak terjemahan. Dewan Persidangan ini boleh dibahagikan kepada tiga dewan kecil. Semua dewan tersebut mempunyai skrin boleh sentut. Kesemua dewan itu juga sesuai untuk persidangan, seminar, bengkel, mesyuarat dan pelancaran produk. |
|
Auditorium
(Untuk melihat dewan, klik di sini. Memerlukan Apple Quicktime) |
Auditorium ini yang terletak di Aras bawah Tanah 1, (LG1) dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan terkini audio-visual, sistem lampu teater dan sistem bunyi yang mempunyai adunan pelbagai saluran dengan amplifier dan pembesar suara berkuasa tinggi. Dewan yang luas ini mempunyai kapasiti untuk memuatkan sehingga 434 orang. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan meja boleh sentut, mikrofon di antara setiap dua tempat duduk dan “Sistem Penterjemahan Serentak” inframerah (sehingga tiga bahasa). Auditorium ini juga turut mempunyai petak terjemahan dalam bilik kawalannya. Selain menempatkan persidangan, Auditorium ini boleh juga digunakan untuk persembahan dan majlis perbahasan. |
|
Dewan Syarahan
(Untuk melihat dewan, klik di sini. Memerlukan Apple Quicktime) |
Dewan Syarahan, juga terletak di Aras Bawah Tanah 1 (LG1), mempunyai kapasiti tempat duduk untuk 144 orang. Ia dilengkapi dengan lampu teater, sistem bunyi persidangan, kamera video dan hubungan MATV yang menyediakan saluran TV. Dewan ini sesuai untuk majlis ceramah dan taklimat. |
|
Bilik Dialog
(Untuk melihat dewan, klik di sini. Memerlukan Apple Quicktime) |
Bilik Dialog yang terletak di Aras Bawah Tanah 1(LG1) ini mempunyai 44 kapasiti tempat duduk. Susun atur bilik ini sesuai bagi sidang akhbar, latihan bagi kumpulan kecil, mesyuarat lembaga serta perbincangan. Bilik ini mempunyai susunan tempat duduk bentuk U dan setiap tempat duduk dilengkapi dengan satu konsol panel sentuh untuk mikrofon dan sistem pengundian. |
|
Bilik Latihan
(Untuk melihat dewan, klik di sini. Memerlukan Apple Quicktime) |
Terletak di Aras Tanah, dua bilik latihan ini boleh menempatkan 20 orang setiap satu dengan susunan tempat duduk gaya bilik darjah. Skrin mudah alih dan projektor barco disediakan untuk kegunaan di bilik-bilik ini. |
|
Dewan Pameran |
Susunan tempat duduk di dewan ini diatur secara fleksibel bagi disesuaikan dengan keperluan tertentu. Dewan yang terletak di Aras bawah ini dibina dengan sistem lampu, sistem bunyi dan kemudahan telekomunikasi yang sofistikated. Dewan ini sesuai untuk pameran dan resepsi koktel. |
|
Pavilion Kafe |
Ruang makan ini boleh memuatkan 80 orang bagi susunan tempat duduk meja bulat. Terletak di Aras Bawah, ia sesuai dijadikan ruang makan bagi peserta latihan. Bilik yang luas ini menghadap pemandangan indah Bukit Kiara. |
|
Ruang Makan Persendirian |
Ruang makan yang terletak di Aras Bawah Tanah 1(LG1) ini boleh memuatkan 40 orang bagi susunan tempat duduk meja bulat. Ia adalah ruang makan alternatif bagi peserta latihan yang ingin menikmati hidangan secara persendirian. |
|
Atrium |
Laman dalam yang terletak di tengah-tengah bangunan Suruhanjaya Sekuriti ini sesuai untuk acara makan tengah hari, makan malam, jamuan teh dan resepsi koktel. Kawasan ini mendapat cahaya semula jadi melalui atap kaca. |
|
Bilik Tetamu |
Bilik berhawa dingin yang terletak di Aras Bawah Tanah 2 (LG2) ini disediakan khusus untuk tetamu dan dilengkapi dengan katil saiz kelamin, bilik mandi dengan pancuran air, serta telefon. Kemudahan ini disediakan untuk tetamu membersihkan badan sebelum sesuatu sesi acara. |
Selain dewan dan bilik untuk mengadakan acara, pengunjung boleh menikmati kemudahan lain seperti–