SC Sepintas Pandang Kerjaya di SC Bangunan SC
Hubungi Kami Laman Utama    

SC SEPINTAS PANDANG

Biodata Pengerusi


DATO' SRI ZARINAH ANWAR
Pengerusi, Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia

Dato' Sri Zarinah Anwar ialah Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia, jawatan yang disandangnya sejak 1 April 2006. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Eksekutif SC sejak 1 Disember 2001, bertanggungjawab menyelia Bahagian Pengawasan Pasaran, Penguatkuasaan dan Sumber Korporat SC.

Dato' Sri Zarinah pada masa ini mempengerusikan Majlis Pembangunan Modal Teroka (MVCDC) dan Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF). Beliau juga adalah ahli Institut Integriti Malaysia, Yayasan Pelaporan Kewangan dan ahli Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC).

Sebelum menyertai SC, Dato' Sri Zarinah pernah berkhidmat dengan Shell Malaysia selama 22 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, beliau memegang beberapa jawatan penting seperti Timbalan Pengerusi Shell Malaysia dan Pengarah Sumber Manusia, Hal Ehwal Korporat dan Undang-undang. Dato' Sri Zarinah pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah bagi pelbagai syarikat Shell dan Ahli Lembaga Amanah bagi pelbagai Dana Amanah Shell Malaysia. Beliau juga pernah menjadi Ahli Majlis Kepelbagaian Global Shell.

Dato' Sri Zarinah pernah, selama beberapa tahun, menjadi Naib Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia dan berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan dan Ahli Lembaga Pentadbir dan Ahli Lembaga Amanah Kolej Tuanku Jaafar.

Dato' Sri Zarinah memperoleh ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Kepujian) daripada Universiti Malaya pada tahun 1976. Beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman Kerajaan bermula sebagai majistret, Penolong Pendaftar Kanan, Peguam Cara di Jabatan Amanah Awam dan Penolong Penggubal Undang-undang Parlimen di Jabatan Peguam Negara.