Visi dan Objektif Majlis Penasihat Pasaran Modal Laporan Kemas Kini Perlaksanaan CMP
Siaran Akhbar Latar Belakang Soalan Lazim Laman Utama

LATAR BELAKANG

CMP adalah sebuah pelan yang komprehensif bagi pencartaan kedudukan yang strategik dan hala tuju masa hadapan pasaran modal Malaysia bagi10 tahun akan datang. Ia mengutamakan keperluan segera pasaran modal dan menetapkan hala tuju dan pertumbuhan jangka panjang dalam jangkaan penyahkawalseliaan dan liberalisasi.

Antara lain, CMP bermatlamat untuk–

  • menangani kelemahan dalam pasaran modal yang ditimbulkan melalui krisis kewangan;
  • menyediakan pelan perjalanan strategik untuk memudahcarakan pembangunan perniagaan akan datang; dan
  • membantu mewujudkan pasaran modal yang cekap dan berdaya saing.

CMP kali pertama diperkenalkan oleh Menteri Kewangan II (ketika itu) dan Pengerusi SC pada 6 Ogos 1999 pada Majlis Penutup Dialog Tahunan Suruhanjaya Sekuriti 1999, dan kemudiannya diluluskan oleh Menteri Kewangan pada bulan Disember 2000.

CMP dilancarkan pada bulan Februari 2001 dan salinan CMP boleh didapati di Khidmat Korporat SIDC di Aras Bawah SC. CMP juga boleh dilayari di laman web.