PENGENALAN

Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) menyediakan pasaran dengan kejelasan strategi dalam persekitaran yang berubah-ubah dengan pesat, melalui pelan rangka objektif dan prinsip yang meluas berhubung dengan pembangunan selanjutnya dalam pasaran modal. Ia mahu memastikan bahawa pasaran modal berada dalam kedudukan yang baik bagi memainkan peranannya dalam menyokong keperluan dan aspirasi pertumbuhan ekonomi negara, memenuhi cabaran persaingan serantau dan globalisasi yang semakin meningkat, serta merebut peluang tambah nilai dalam bidang-bidang yang memberikan kelebihan yang ada perbandingan dan daya saingan.