Visi dan Objektif Majlis Penasihat Pasaran Modal Laporan Kemas Kini Perlaksanaan CMP
Siaran Akhbar Latar Belakang Soalan Lazim Laman Utama

VISI DAN OBJEKTIF

Aspirasi utama CMP terkandung dalam visinya untuk mewujudkan sebuah pasaran modal yang–

  • berdaya saing di peringkat antarabangsa dalam semua bidang teras yang diperlukan bagi menyokong keperluan asas modal dan pelaburan Malaysia serta objektif ekonominya yang berjangka masa lebih panjang;
  • menjadi saluran yang sangat efisien untuk mobilisasi dan penguntukan dana; dan
  • disokong oleh satu rangka kerja pengawalseliaan yang kukuh dan mudah cara, yang membolehkan pasaran modal melaksanakan fungsinya dengan berkesan dan memberikan keyakinan yang tinggi kepada pengguna.

Objektif

CMP mempunyai enam objektif, termasuk:

  • Untuk menjadi pusat penjanaan dana terpilih bagi syarikat-syarikat Malaysia;
  • Untuk menggalakkan sebuah industri pengurusan pelaburan yang efektif dan mewujudkan persekitaran yang lebih sesuai bagi pelabur;
  • Untuk meningkatkan kedudukan persaingan dan kecekapan institusi pasaran;
  • Untuk membina persekitaran yang kukuh dan berdaya saing bagi perkhidmatan pengantaraan;
  • Untuk memastikan sebuah rejim pengawalseliaan yang lebih kukuh dan mudah cara; dan
  • Untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pasaran modal Islam antarabangsa.