| Sejak tahun 2001, SIDC menjadi sekretariat dan penyedia kursus bawah program Pendidikan Profesional Berterusan (CPE). Program ini adalah mandatori, bertujuan untuk merangsang budaya pembelajaran berterusan di kalangan profesional pasaran modal. Dengan menghadiri kursus-kursus CPE, profesional pasaran diharapkan mendapat pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam menyediakan standard perkhidmatan yang tinggi kepada pelanggan mereka, yang kemudiannya akan meningkatkan keyakinan pelabur dan imej pasaran. |