Kursus/Seminar/
Program
Pendidikan Profesional Berterusan Latihan Bumiputera e-Latih
Pendidikan Pelabur Peperiksaan Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Laman Utama

PENDIDIKAN PELABUR

Pelabur yang bermaklumat dan berpengetahuan adalah penting bagi pembangunan berterusan pasaran modal Malaysia. SIDC mempertingkat pengetahuan pelabur dengan memberikan ceramah pendidikan pelabur, mengedarkan bahan-bahan pendidikan, menyediakan maklumat melalui laman web Pelabur Malaysia, dan berjumpa pelabur pada pameran dan kempen pendidikan pengguna.

Kami menawarkan bantuan kepada pelabur yang mempunyai soalan atau masalah berkaitan dengan pelaburan dalam pasaran modal. Walau pun SIDC tidak memberikan pelaburan atau nasihat tertentu, ia mendidik pelabur mengenai bagaimana untuk melabur secara bijak dan mengenal pasti penipuan.