|
||||||||||||||||
PENGENALAN |
||||||||||||||||
|
Perbadanan Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), yang diperbadankan pada bulan Mac 2007, adalah sumber utama pendidikan, latihan dan maklumat pasaran modal di ASEAN. Dahulu merupakan cabang latihan dan perkembangan sekuriti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan pada bulan Julai 1994, dan dikenali sebagai Pusat Perkembangan Industri Sekuriti. Objektif SIDC kekal untuk mewujudkan kesedaran pelabur; meningkatkan standard profesional; dan mempertingkat kemahiran peserta pasaran modal Malaysia serta melatih dan membangunkan pengawal selia Malaysia dan pasaran negara membangun. Lebih dari 10 tahun, SIDC telah menganjurkan program untuk pengawal selia Malaysia dan asing, pengarah syarikat dan profesional pasaran, menjalankan peperiksaan untuk peserta pasaran berlesen serta dengan jayanya mengadakan seminar umum pendidikan pelabur mengenai pelaburan bijak dan hak-hak pelabur. SIDC membangunkan dan memudahcarakan latihan bagi dalam dan luar negara melalui pelbagai program dan aktiviti, termasuk persidangan, seminar, dan bengkel yang disokong oleh pembelajaran berasaskan komputer. Bergandingan dengan Suruhanjaya Sekuriti, ia membina soalan-soalan peperiksaan dan modul, serta mengadakan peperiksaan sebagai sebahagian daripada rejim pelesenan bagi pengantara pasaran modal Malaysia. |
||||||||||||||||