| Akta | Garis Panduan, Kod & Nota Amalan | Siaran Akhbar | Ucapan & Artikel | Soalan Lazim | |||||||
| Kertas Rundingan/ Pembentangan |
Data & Statistik | Penerbitan | Pautan | Perpustakaan SC | |||||||
| Pangkalan Data Unit Amanah | Laman Utama | ||||||||||
PERPUSTAKAAN SC |
|||||||||||
|
Perpustakaan SC mempunyai koleksi khas buku-buku, jurnal, dan rekod meliputi subjek-subjek yang berkaitan dengan pasaran modal seperti produk kewangan, perancangan pelaburan, perakaunan, tadbir urus korporat dan pasaran modal Islam. Perpustakaan ini terbuka kepada orang ramai dan terletak di tingkat satu bangunan SC. Terdapat ruang letak kereta yang mencukupi dan suasana yang cukup selesa untuk membaca, menyelidik dan belajar. Perpustakaan telah mengadakan sudut Peperiksaan Pelesenan untuk membantui calon-calon yang akan menduduki peperiksaan pelesenan. Semua panduan pembelajaran peperiksaan dan bahan-bahan rujukan bagi semua peperiksaan terdapat di sini untuk rujukan. Untuk menggalakkan orang ramai membaca lebih banyak lagi mengenai melabur dalam pasaran modal, satu sudut Pendidikan Pelabur juga turut diadakan. Di sini, anda boleh menghabiskan masa berjam-jam membaca dan melihat-lihat buku-buku yang menarik mengenai asas melabur. Waktu DibukaPerpustakaan SC dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat. Perkhidmatan Perpustakaan
Perkhidmatan penyelidikan untuk membantu orang ramai mencari bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan disediakan oleh pegawai perpustakaan kami. Terdapat juga kemudahan Internet dan salinan foto serta pangkalan data dalam talian dan e-jurnal untuk penyelidikan . Pertanyaan: Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Perpustakaan SC di 03-6204 8668 atau e-mel: library@seccom.com.my. |
|||||||||||