| Akta | Garis Panduan, Kod & Nota Amalan | Siaran Akhbar | Ucapan & Artikel | Soalan Lazim | ||||||||
| Kertas Rundingan/ Pembentangan |
Data & Statistik | Penerbitan | Pautan | Perpustakaan SC | ||||||||
| Pangkalan Data Unit Amanah | Laman Utama | |||||||||||
|
||||||||||||
| Suruhanjaya Sekuriti (SC) mencapai kejayaan besar dalam kes penguatkuasaan sivilnya terhadap skim pelaburan Internet Swisscash apabila memperoleh Perintah Mahkamah yang mengarahkan salah seorang daripada defendan, Amir Hassan, supaya memindahkan semula ke Malaysia semua wang Swisscash yang dipegang dalam beberapa akaun bank di luar negara dalam masa tujuh hari.
Kira-kira RM35 juta pada masa ini disimpan dalam enam akaun bank di Hong Kong dan lapan akaun bank di Singapura. Memandangkan Swisscash merupakan satu skim penipuan alam luas yang beroperasi di alam Internet tanpa sempadan, SC bekerjasama rapat dengan pengawal-pengawal selia dari tujuh negara lain bagi memerangi aktiviti tidak sah ini. Kerjasama merentasi pelbagai bidang kuasa ini telah membawa kepada penemuan maklumat berharga yang memudahcarakan siasatan. Sebaik sahaja dipindahkan ke Malaysia, wang tersebut tertakluk di bawah perintah pembekuan antarabangsa Mareva sementara menunggu keputusan prosiding sivil yang difailkan oleh SC awal tahun ini terhadap Amir Hassan, Albert Lee Kee Sien, Kelvin Choo Mun Hoe, Dynamic Revolution Sdn Bhd, Swiss Mutual Fund (1948) S.A., SMF International Limited dan SMF (1948) International Limited. Pencapaian dalam prosiding sivil SC ini memastikan bahawa wang Swisscash tersimpan dengan selamat, dan berada dalam bidang kuasa mahkamah Malaysia supaya wang tersebut tertakluk kepada sebarang perintah yang dibuat dalam prosiding itu. Para pelabur sekali lagi diingatkan bahawa kedua-dua Swiss Mutual Fund dan Swisscash tidak dilesenkan oleh SC. Setakat ini, SC telah menyekat empat laman web yang berkaitan dengan Swisscash iaitu www.swisscash.net, www.swisscash.biz, www.swissmutualfund.biz dan www.swisscashguide.com. SC akan terus mengambil langkah untuk memerangi penipuan pelaburan termasuk menyekat akses kepada lebih banyak laman web, dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian terhadap pengusaha dan ejennya.
SURUHANJAYA SEKURITI |
||||||||||||