a. |
Unit Bumiputera merupakan pusat depositori maklumat berkaitan Bumiputera dalam hal-hal permohonan korporat, permohonan perlesenan dan isu-isu Bumiputera lain dalam bidang kuasa SC. Maklumat-maklumat tersebut digunakan bagi mengawasi perkembangan dan penglibatan Bumiputera dalam pasaran modal. |
| b. |
Mengendalikan isu-isu berkaitan Bumiputera dengan memberi jawapan-jawapan kepada pertanyaan berkaitan:
|
| c. |
Mewujudkan hubungan kerja yang erat dengan organisasi-organisasi Bumiputera berkaitan melalui mesyuarat yang kerap untuk mengetahui isu-isu semasa yang menglibatkan Bumiputera dan mengenalpasti isu-isu berkaitan bagi menjalankan program-program bersama. |
| d. |
Unit Bumiputera juga mempertimbangkan permohonan dari pihak luar bagi menyediakan penceramah-penceramah bagi majlis-majlis dalam topik-topik berkaitan seperti keperluan dan prosedur-prosedur penyenaraian dan mengambil bahagian sebagai ahli panel dalam sesi diskusi yang berkaitan. |