About Us & Objectives Target Groups Activities Training & Opportunities
Statistics & Information FAQs Contact Us Main

MENGENAI KAMI DAN OBJEKTIF

Unit Bumiputera Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah ditubuhkan pada 1 April 1999, sehala dengan objektif berterusan jangka panjang SC dalam menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam pasaran modal Malaysia samada sebagai penerbit, perantara berlesen atau pelabur secara amnya dengan lebih efektif. Unit Bumiputera bertindak sebagai pusat maklumat sehenti bagi Bumiputera dalam menjalankan urusan dengan SC.

Ahli-ahli komuniti Bumiputera boleh merujuk kepada Unit Bumiputera bagi mendapatkan kepastian dan bantuan bagi hal-hal di bawah bidang kuasa SC seperti permohonan-permohonan penyenaraian dan prosedur-prosedur dalam mendapatkan lesen. Unit Bumiputera juga bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan industri berkaitan dan pertubuhan-pertubuhan Bumiputera bagi menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam pasaran modal secara efektif dan meningkatkan tahap profesionalisma peserta-peserta Bumiputera.