Shariah Advisory
Council
IOSCO Task Force on ICM List of Registered Shariah Members/ Advisers for Islamic Unit Trust Schemes
List of Registered Independent Shariah Advisers – Sukuk
List of Malaysian Shariah Based Unit Trust Funds List of Shariah-compliant Securities Shariah Compliance Review
for Pre-IPO Securities
List of Sukuk
Approved by SC
Resources Main    

Pengenalan

Pasaran Modal Islam merujuk kepada sebuah pasaran di mana aktiviti-aktivitinya dijalankan dengan cara yang tidak bercanggah dengan pegangan umat Islam dan agama Islam. Dalam perkataan lain, pasaran modal Islam mengaplikasikan perundangan Islam dalam urusniaga pasaran modal di mana pasaran adalah bebas daripada penglibatan aktiviti yang dilarang oleh Islam serta bebas daripada unsur-unsur seperti riba, perjudian dan kesamaran (gharar).

Hari ini pasaran modal Islam merupakan salah satu komponen dalam keseluruhan pasaran modal di Malaysia. Ia memainkan peranan yang sama pentingnya seperti komponen pasaran modal lain dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pasaran Modal Islam telah berfungsi sebagai sebuah pasaran yang sehaluan dengan pasaran modal konvensional bagi para pengguna dan penyedia modal, dan telah memainkan peranan pelengkap kepada sistem perbankan Islam dalam memperkembang dan memperluaskan pasaran kewangan Islam di Malaysia.

Oleh kerana pasaran telah menjadi lebih kompleks dan sofistikated, ia harus mempunyai prasarana yang mencukupi bagi membolehkan sistem tersebut beroperasi dan berfungsi dengan lebih efisien dan berkesan. Inisiatif awal Suruhanjaya dalam membangun prasarana sokongan ditunjukkan dengan penubuhan Jabatan Pasaran Modal Islam (JPMI) di Bahagian Dasar Pasaran & Pembangunan. Mandat JPMI adalah bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan termasuk merumus dan mengendalikan pelan jangka panjang untuk terus memperkukuhkan pasaran modal Islam di Malaysia.

Majlis Penasihat Syariah (MPS) telah ditubuhkan pada Mei 1996 bagi menasihat Suruhanjaya dalam hal-hal Syariah yang berkaitan dengan pasaran modal Islam. Ahli-ahli MPS terdiri daripada individu-individu yang berkelayakan bagi memberikan pandangan-syariah dan mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam penggunaan prinsip Syariah, terutamanya dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam.

Hari ini, pelbagai produk pasaran modal tersedia bagi umat Islam dan mereka yang hanya ingin melabur dan berurus niaga dalam pasaran modal Islam. Produk-produk tersebut termasuk senarai Sekuriti Patuh Syariah Suruhanjaya, bon Islam, unit amanah Islam, indeks Syariah, waran (TSR), waran panggilan dan kontrak Niaga Hadapan Minyak Kelapa Sawit Mentah.