|
Suruhanjaya
Sekuriti (SC) hari ini mencela dua kumpulan yang berasingan
kerana gagal melaksanakan tawaran mandatori bagi baki hak
mengundi dalam Jasatera Berhad (Jasatera), selepas mereka
secara berasingan dan pada masa yang berlainan, menyebabkan
kewajipan mandatori bawah Peraturan 34.1 Kod Pengambilalihan
dan Percantuman Malaysia 1987 (Kod 1987).
SC menyatakan bahawa
celaan ini tidak bermakna kewajipan tawaran mandatori bagi
baki hak mengundi dalam Jasatera oleh pihak yang berkaitan
akan dibatalkan.
Dalam kes pertama,
SC mencela Tan Seng Chai dan mereka yang bertindak bersama-samanya,
iaitu Korakyat Corporation Sdn Bhd (KorakyatCorp), Tri-Align
Holdings Sdn Bhd (Tri-Align), Abdul Rahman bin Ramli, Koh
Ah Lan, Jason Ky-Jet Lim dan Tan Kee Meng, kerana gagal melaksanakan
tawaran mandatori sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan 34.1
(waktu itu) Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia 1987
(Kod 1987).
Pada 5 September
1996, Tan Seng Chai, melalui KorakyatCorp, memegang 4,800,000
saham Jasatera atau 24.02% kepentingan tidak langsung dalam
Jasatera. Kemudiannya, pada 24 Januari 1997, Tan Seng Chai,
melalui Tri-Align, telah memperoleh 5,165,080 saham Jasatera
mewakili 25.85% modal saham terbitan dan berbayar daripada
See Cheng Siang, See Chee Beaw dan Dato’ Dr Jaafar Mohd
Ali.
Menurut pemerolehan
ini, Tan Seng Chai dan mereka yang bertindak bersama-samanya
memegang lebih daripada 33% kepentingan ekuiti secara terkumpul
dalam Jasatera, menyebabkan kewajipan tawaran mandatori bawah
Peraturan 34.1 Kod 1987.
KorakyatCorp, Tri-Align,
Jason Ky-Jet Lim, Tan Kee Meng, Abdul Rahman bin Ramli dan
Koh Ah Lan dianggap sebagai bertindak bersama-sama Tan Seng
Chai bawah Kod 1987.
Dalam kes kedua,
SC mencela Influx Advance Sdn Bhd (Influx Advance) dan mereka
yang bertindak bersama-samanya, iaitu Koo Yuen Kim, Koo Woon
Kee dan Su Bee Leng, kerana gagal melaksanakan tawaran mandatori,
juga sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan 34.1 Kod
1987.
Pada 3 Jun 1998,
Influx Advance telah memperoleh 5,165,080 saham Jasatera daripada
MBF Finance Berhad, mewakili 25.85% modal saham terbitan dan
berbayar. Kemudiannya, Su Bee Leng, Koo Woon Kee dan Koo Yuen
Kim telah, dalam satu tempoh masa, memperoleh lebih banyak
saham Jasatera. Oleh kerana pemerolehan tambahan ini, pada
12 November 1998, Influx Advance dan mereka yang bertindak
bersama-samanya telah meningkatkan kepentingan terkumpul dalam
Jasatera kepada lebih daripada 33%, dan oleh yang demikian
menyebabkan kewajipan tawaran mandatori bawah Peraturan 34.1
Kod 1987.
Su Bee Leng, Koo
Yuen Kim dan Koo Woon Kee dianggap bertindak bersama-sama
dengan Influx Advance bawah Kod 1987.
SC berkata pihak
tersebut gagal memberikan penjelasan yang memuaskan tentang
mengapa tindakan tidak patut diambil ke atas mereka kerana
kegagalan melaksanakan tawaran mandatori bagi baki mengundi
dalam Jasatera.
CELAAN
AWAM
- TAN SENG CHAI
DAN MEREKA YANG BERTINDAK BERSAMA-SAMANYA (KORAKYAT CORPORATION
SDN BHD, TRI-ALIGN HOLDINGS SDN BHD DAN ABDUL RAHMAN BIN
RAMLI, KOH AH LAN, JASON KY-JET LIM DAN TAN KEE MENG); DAN
- INFLUX ADVANCE
SDN BHD DAN MEREKA YANG BERTINDAK BERSAMA-SAMANYA (KOO YUEN
KIM, KOO WOON KEE DAN SU BEE LENG)
Suruhanjaya Sekuriti
(SC) hari ini mencela pihak-pihak berikut:
- Tan Seng Chai
dan mereka yang bertindak bersama-samanya iaitu Korakyat
Corporation Sdn Bhd (KorakyatCorp), Tri-Align Holdings Sdn
Bhd (Tri-Align), Abdul Rahman bin Ramli, Koh Ah Lan, Jason
Ky-Jet Lim dan Tan Kee Meng, kerana tidak melaksanakan tawaran
mandatori bagi baki hak mengundi dalam Jasatera Berhad (Jasatera),
sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan 34.1 (waktu itu)
Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia 1987 (Kod 1987).
Pada 5 September 1996, Tan Seng Chai melalui KorakyatCorp,
memegang 4,800,000 saham Jasatera atau 24.02% kepentingan
tidak langsung dalam Jasatera. Kemudiannya, pada 24 Januari
1997, Tan Seng Chai, melalui Tri-Align, telah memperoleh
5,165,080 saham Jasatera mewakili 25.85% modal saham terbitan
dan berbayar daripada See Cheng Siang, See Chee Beaw dan
Dato’ Dr Jaafar Mohd Ali. Menurut pemerolehan ini,
Tan Seng Chai dan mereka yang bertindak bersama-samanya
memegang 33% secara terkumpul kepentingan ekuiti dalam Jasatera,
dan oleh yang demikian, menyebabkan kewajipan tawaran mandatori
bawah Peraturan 34.1 Kod 1987; dan
- Influx Advance
Sdn Bhd (Influx Advance) dan mereka yang bertindak bersama-samanya,
iaitu Koo Yuen Kim, Koo Woon Kee dan Su Bee Leng, kerana
tidak melaksanakan tawaran mandatori bagi baki hak mengundi
dalam Jasatera, sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan 34.1
Kod 1987. Pada 3 Jun 1998, Influx Advance telah memperoleh
5,165,080 saham Jasatera dari MBF Finance Berhad, yang mewakili
25.85% modal saham terbitan dan berbayar Jasatera. Kemudiannya,
Su Bee Leng, Koo Woon Kee dan Koo Yuen Kim telah, dalam
satu tempoh masa, memperoleh lebih banyak saham Jasatera.
Dengan pemerolehan tambahan ini, pada 12 November 1998,
Influx Advance dan mereka yang bertindak bersama-samanya
telah meningkatkan kepentingan terkumpul dalam Jasatera
sehingga melebihi 33%, dan oleh yang demikian menyebabkan
kewajipan tawaran mandatori bawah Peraturan 34.1 Kod 1987.
KorakyatCorp, Tri-Align,
Jason Ky-Jet Lim, Tan Kee Meng, Abdul Rahman bin Ramli dan
Koh Ah Lan dianggap bertindak bersama-sama dengan Tan Seng
Chai bawah Kod 1987.
Su Bee Leng, Koo
Yuen Kim dan Koo Woon Kee dianggap bertindak bersama-sama
Influx Advance bawah Kod 1987.
Surat tunjuk
sebab
Kesemua pihak telah
diberikan surat tunjuk sebab dan diberi peluang yang sewajarnya
untuk menjelaskan mengapa tindakan tidak patut diambil terhadap
mereka kerana gagal melaksanakan tawaran mandatori bagi baki
hak mengundi dalam Jasatera. Penjelasan mereka telah didapati
tidak memuaskan.
Kewajipan
tawaran mandatori dikekalkan
SC ingin menyatakan
bahawa celaan ini tidak bermakna kewajipan tawaran mandatori
bagi baki hak mengundi dalam Jasatera oleh pihak yang berkaitan
akan dibatalkan.
SURUHANJAYA
SEKURITI
7 Januari 2003
|