<%@LANGUAGE="JAVASCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Siaran Akhbar -
Acts Guidelines, Codes & Practice Notes Press Releases Speeches & Articles FAQs
Consultation Papers/Presentations Data & Statistics Publications Links SC Library
Unit Trust Database Main            

SIARAN AKHBAR

Tindakan tegas SC terhadap Oilcorp kerana kelemahan dalam pelaporan kewangan, syarikat dikehendaki menerbitkan semula akaun

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengarahkan Oilcorp Berhad (Oilcorp) untuk menerbitkan semula penyata kewangannya bagi tahun berakhir 31 Disember 2003 (termasuk tahun perbandingan 2002) kerana gagal untuk mematuhi Peraturan 4 Securities Industry (Compliance with Approved Accounting Standards) Regulation 1999 (Peraturan).

Peraturan 4 menghendaki setiap syarikat tersenarai memastikan bahawa penyata kewangan yang digabungkan disediakan menurut piawaian perakaunan yang diluluskan.

Pelanggaran Peraturan 4 oleh Oilcorp adalah berkaitan dengan kegagalan Oilcorp menghapuskan keuntungan yang diperoleh i daripada urus niaga antara kumpulan. Perkara ini melanggar Piawaian Pelaporan Kewangan (FRS) 127 (sebelum ini MASB 11) dan menyebabkan hasil dan keuntungan Oilcorp yang digabungkan terlebih nyata.

Oilcorp juga telah mengklasifikasikan dan mempersembahkan perbelanjaan tertentu sebagai "Luar biasa" dalam Penyata Pendapatan yang tidak menepati FRS 108 (sebelum ini MASB 3). Sehubungan itu, pengemukaan "Perolehan asas sesaham sebelum Butiran Luar Biasa" syarikat tidak menepati peruntukan FRS 133 (sebelum ini MASB 13).

Di samping penerbitan semula penyata kewangan 2003, Oilcorp juga dikehendaki membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia Berhad berhubung dengan pembetulan kepada penyata kewangannya bagi tahun berakhir 31 Disember 2003 berserta alasan dan kesan (kewangan atau sebaliknya) yang terbabit.

SC memandang ketidakpatuhan dengan Peraturan tersebut sebagai perkara yang serius kerana piawaian pelaporan kewangan yang bermutu tinggi merupakan asas kepada penggalakan integriti pasaran dan peningkatan perlindungan pelabur.

SC juga mengingatkan semua syarikat tersenarai yang lain serta para pengarahnya mengenai kepentingan untuk mematuhi semua piawaian pelaporan kewangan berkaitan dan keperluan penzahiran bagi kepentingan para pelabur. SC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas syarikat tersenarai dan pegawai syarikat yang gagal mematuhi undang-undang atau peraturan sekuriti yang diguna pakai.

SURUHANJAYA SEKURITI
28 Mac 2005