<%@LANGUAGE="JAVASCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Siaran Akhbar -
Acts Guidelines, Codes & Practice Notes Press Releases Speeches & Articles FAQs
Consultation Papers/Presentations Data & Statistics Publications Links SC Library
Unit Trust Database Main            

SIARAN AKHBAR

SC mengenakan pertuduhan terhadap Koh Chin Heng kerana menjalankan operasi niaga hadapan haram

Suruhanjaya Sekuriti (SC), setelah mendapat persetujuan daripada Pejabat Peguam Negara, telah mengenakan pertuduhan terhadap Koh Chin Heng (Xu Zhenxing) hari ini di Mahkamah Sesyen 1 Kuala Lumpur Sessions, mahkamah yang dikhususkan bagi kesalahan berkaitan pasaran modal.

Koh Chin Heng, seorang warganegara Singapura, dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 3(1) Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 kerana menjalankan operasi pasaran niaga hadapan yang bukan pasaran niaga hadapan sebuah syarikat bursa ataupun pasaran niaga hadapan yang dikecualikan.

Kesalahan tersebut dilakukan antara 20 Mac 2003 dan 27 Mei 2003 di Unique Mega Marketing Sdn Bhd. (No. Syarikat: 570371-M), Unit No. 12.08, Tingkat 12, Amcorp Tower, Amcorp Trade Center, 18 Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

SC telah menyerbu syarikat tersebut pada 28 Mei 2003 setelah menerima aduan daripada beberapa individu yang telah kehilangan pelaburan yang dbuat melalui Unique Mega Marketing Sdn Bhd (UMM).

Kesalahan tersebut boleh dihukum di bawah Seksyen 3(2) Akta yang sama, yang membawa hukuman denda sebanyak RM1 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan Koh Chin Heng diikat jamin sebanyak RM400,000 bersama penjamin warga tempatan.

SURUHANJAYA SEKURITI
13 Oktober 2005