<%@LANGUAGE="JAVASCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Siaran Akhbar -
Acts Guidelines, Codes & Practice Notes Press Releases Speeches & Articles FAQs
Consultation Papers/Presentations Data & Statistics Publications Links SC Library
Unit Trust Database Main            

SIARAN AKHBAR

PM lancar Buletin ‘Malaysian ICM’ SC – Malaysia terus dipromosi sebagai pusat kewangan global Islam

Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi hari ini melancarkan ‘Malaysian ICM’ (ICM – Islamic Capital Market) buletin suku tahunan mengenai pasaran modal Islam Malaysia.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) menerbitkan ‘Malaysian ICM’ sebagai sebahagian daripada sumbangannya dalam usaha kerajaan ke arah mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan global Islam. Pelancaran tersebut juga dihadiri oleh Pengerusi SC, Dato’ Zarinah Anwar.

Buletin tersebut dilancarkan di tapak pameran SC sempena Pameran Antarabangsa Halal Malaysia (MIHAS 2006), yang diadakan bermula 10 hingga 14 Mei 2006.

“Pasaran modal Islam di Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan dari segi produk dan perkhidmatan,” kata Dato’ Zarinah.

“Malaysia menawarkan peluang kepada pelabur tempatan dan antarabangsa untuk melabur dan melanggan dalam pelbagai produk inovatif yang patuh Syariah. Produk tersebut termasuk saham yang patuh Syariah, bon/sukuk Islam, produk berstruktur Islam dan dana unit amanah Islam,” tambah beliau.

Melalui buletin tersebut, SC mensasarkan untuk mempromosikan pasaran modal Islam Malaysia, dengan mempertingkat profil antarabangsanya, serta dengan mewujudkan lebih kesedaran dan pemahaman mengenai pasaran modal Islam di kalangan peserta pasaran tempatan dan antarabangsa.

Sehingga kini, buletin tersebut memaparkan berita dan maklumat terkini mengenai pelbagai isu termasuk hal berkaitan pembangunan dan pengawalseliaan, prinsip Syariah dan statistic ICM serta artikel dan laporan oleh pakar ICM.

Penerbitan tersebut juga mengetengahkan produk dan perkhidmatan inovatif pasaran modal Islam, dan menyatakan peluang yang ada di Malaysia.

Buletin tesebut boleh didapati di jerayawara dan pameran SC dan secara dalam talian.

SURUHANJAYA SEKURITI
10 Mei 2006