<%@LANGUAGE="JAVASCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Siaran Akhbar - Bengkel pasaran Islam SIDC yang pertama – Pakar bertemu untuk mempromosi pembangunan modal insan pasaran modal Islam
Acts Guidelines, Codes & Practice Notes Press Releases Speeches & Articles FAQs
Consultation Papers/Presentations Data & Statistics Publications Links SC Library
Unit Trust Database Main            

SIARAN AKHBAR

Bengkel pasaran Islam SIDC yang pertama – Pakar bertemu untuk mempromosi pembangunan modal insan pasaran modal Islam

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), bahagian latihan dan pendidikan Suruhanjaya Sekuriti (SC), akan menganjurkan program latihan menyeluruh mengenai pasaran modal Islam dari 10-14 Julai 2006 di Bangunan SC di Kuala Lumpur.

Bengkel yang julung kalinya diadakan tersebut bertajuk “Program Pasaran Islam” mengguna pakai format pembelajaran progresif dan akan membolehkan pakar dan para peserta mengetahui dengan lebih dekat trend dan perkembangan terkini, dan mempertingkat pengetahuan mereka mengenai produk dan perkhidmatan baru dalam rangkaian aplikasi dan inovasi niaga Islam antarabangsa yang semakin meluas. Dr Mohd Daud Bakar, ahli Majlis Penasihat Syariah SC dan Presiden International Institute of Islamic Finance Inc. (IIIF) merupakan prinsipal program tersebut.

Program tahap tinggi ini bertujuan mempromosikan pemindahan pengetahuan dan perkongsian kepakaran oleh para profesional pasaran yang mahir. Menyumbang ke arah pembangunan modal insan dalam pasaran modal Islam. Program tersebut adalah tepat pada masanya memandangkan pasaran modal Islam yang berkembang dengan pantas yang telah muncul sebagai bidang pertumbuhan penting yang menawarkan pelbagai produk yang semakin diterima, infrastruktur, institusi, pengantara dan pelabur.

Pengantara pasaran, perunding, penerbit, jurustrategi pelaburan, para profesional pasaran saham, eksekutif kewangan kanan, pelabur institusi, syarikat pembiayaan, pengawal selia pasaran sekuriti, bursa, wakil kerajaan serta ahli akademik akan berpeluang meraih manfaat penuh daripada bengkel ini.

Bengkel ini merupakan akreditasi CPE SIDC dan membawa 10 mata CPE. Untuk butiran lanjut program, makluat dan pendaftaran, sila hubungi Khidmat Korporat SIDC di talian - 6204 8667.

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI
23 Jun 2006