<%@LANGUAGE="JAVASCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Siaran Akhbar - SC perkenalkan produk waran berstruktur baru—Lebih peluang pelaburan global bagi pelabur
Acts Guidelines, Codes & Practice Notes Press Releases Speeches & Articles FAQs
Consultation Papers/Presentations Data & Statistics Publications Links SC Library
Unit Trust Database Main            

SIARAN AKHBAR

31 Oktober 2006

SC perkenalkan produk waran berstruktur baru—Lebih peluang pelaburan global bagi pelabur

Pelabur di Malaysia kini mempunyai lebih peluang untuk meraih manfaat daripada pelaburan global dengan pengenalan produk waran berstruktur yang baru. Ini berikutan pindaan terkini oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) terhadap Garis Panduan bagi Terbitan Waran Berstruktur (Garis panduan) (Guidelines for the Issue of Structured Warrants).

Pindaan terhadap Garis panduan tersebut akan memudahcarakan penerbitan produk waran berstruktur seperti waran opsyen beli (call warrant) dan struktur berkaitan ekuiti terhadap saham pendasar asing.

Produk waran berstruktur baru ini memberikan pelabur lebih pendedahan kepada pasaran asing tanpa perlu membuka akaun dagangan luar negara atau akaun mata wang asing. Mereka boleh melabur bukan hanya dalam waran berstruktur yang diterbitkan ke atas syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, malah juga saham dan indeks yang tersenarai di luar negara.

Pengenalan produk waran berstruktur baru ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SC untuk menambah baik lagi cadangan nilai pasaran modal Malaysia. Pada tahun lalu, SC membenarkan pelabur untuk melabur dalam sekuriti asing yang tersenarai di bursa saham yang diiktiraf dan baru-baru ini pada bulan Jun 2006 telah memudahcarakan penyenaraian syarikat asing di Bursa Malaysia.

Ini memenuhi aspirasi Pelan Malaysia Ke-9 dengan menggalakkan sektor perkhidmatan kewangan yang lebih rancak melalui pengenalan produk baru dan juga sejajar dengan matlamat Pelan Induk Pasaran Modal untuk memudahcarakan pengenalan rangkaian produk pasaran modal yang lebih luas untuk memenuhi pelbagai profil pelaburan dan pulangan risiko.

Garis panduan yang dipinda tersebut boleh didapati di sini.