<%@LANGUAGE="JAVASCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Siaran Akhbar - Bank Dunia hargai Malaysia atas penzahiran dan ketelusan piawaian perakaunan—Menteri Kewangan II lancar Laporan Bank Dunia mengenai Pematuhan Piawaian dan Kod (ROSC) Tadbir Urus Korporat
Acts Guidelines, Codes & Practice Notes Press Releases Speeches & Articles FAQs
Consultation Papers/Presentations Data & Statistics Publications Links SC Library
Unit Trust Database Main            

SIARAN AKHBAR

7 Februari 2007

SC mengenakan pertuduhan terhadap Dato’ Ng Kim Weng kerana memalsukan maklumat dalam Laporan Tahunan 2003 Polymate Holdings Berhad

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengenakan pertuduhan terhadap Dato’ Ng Kim Weng (Dato’ Ng) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 1, salah satu mahkamah khusus bagi kesalahan pasaran modal, kerana mengemukakan maklumat palsu kepada Bursa Malaysia (Bursa).

Dato’ Ng, bekas Pengarah Urusan Kumpulan Polymate Holdings Berhad (PHB) dan Pengarah Urusan ABI Malaysia Sdn Bhd, dikenakan pertuduhan kerana secara terbuka meluluskan pengemukaan maklumat palsu kepada Bursa, iaitu jumlah hasil dan boleh terima dagangan telah dinaikkan bagi PHB bagi tahun berakhir 30 September 2003, seperti yang terkandung dalam Laporan Tahunan 2003 PHB.

Dato’ Ng dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 122B(b)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) yang boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen 122B Akta yang sama. Jika sabit kesalahan, Dato’ Ng boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah telah menetapkan perbicaraan kes pada 8-12 Oktober 2007. Mahkamah membenarkan ikat jamin kepada Dato’ Ng sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasport beliau diserahkan kepada mahkamah.

SURUHANJAYA SEKURITI