Selamat Datang Ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

 
2012 Siaran Akhbar
 

Kuala Lumpur, 19 Julai 2012

SC menamakan barisan baru Majlis Penasihat Syariah

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan barisan ahli-ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) SC yang akan berkhidmat bagi tempoh dua tahun bermula pada 1 Julai 2012. MPS ialah pihak berkuasa pusat yang bertanggungjawab menentukan prinsip-prinsip Syariah bagi pasaran modal Islam di Malaysia.

 

Sebelas orang ahli MPS yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bawah seksyen 316C Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), ialah:

1.

Tun Abdul Hamid Haji Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara, Malaysia

2.

Tan Sri Sheikh Ghazali Haji Abdul Rahman, Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara

3.

Dato' Dr. Abdul Halim Ismail, Pro-Canselor Kolej Universiti Insaniah dan Pengerusi, Jawatankuasa Dana Patuh Syariah Amanah Mutual Bhd

4.

Dr. Mohd. Daud Bakar, Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan CEO Amanie Advisors Sdn. Bhd.

5.

Dr. Muhammad Syafii Antonio, Rektor Kolej Universiti Ekonomi Islam TAZKIA, Bogor, Indonesia

6.

Profesor Mohammad Hashim Kamali, Pengerusi Pengasas dan CEO Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa, Malaysia

7.

Profesor Dr. Ashraf bin Md Hashim, Ketua Jabatan Perundingan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA)

8.

Profesor Madya Dr. Azman bin Mohd Noor, Jabatan Fiqh dan Usul al Fiqh, Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

9.

Penolong Profesor Dr. Aznan Hasan, Jabatan Undang-undang Islam, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

10.

Profesor Madya Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

11.

Profesor Madya Dr. Shamsiah Mohamad, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

 

MPS merupakan tunggak utama dalam pembangunan pasaran modal Islam di Malaysia terutama dalam memudahcarakan inovasi dan memastikan proses tadbir urus Syariah yang cergas. Fungsi MPS memberikan ketekalan dan kejelasan kepada penerbit, pengantara dan pelabur dalam pasaran modal Islam Malaysia. MPS, dengan kepakaran ahli-ahlinya, turut memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan negara sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa yang terkemuka.

 

Bawah CMSA, MPS diberikan kuasa bagi menentukan penggunaan prinsip-prinsip Syariah terhadap apa-apa perkara yang berkaitan dengan urusan atau transaksi pasaran modal Islam, dan bagi menasihati SC mengenai apa-apa isu Syariah yang berkaitan dengan urusan atau transaksi pasaran modal Islam.

 

MPS juga mempunyai kuasa bagi memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja mengenai isu-isu Syariah yang berkaitan dengan urusan atau transaksi pasaran modal Islam.

 

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA