|
Sektor pasaran modal: Produk & Perkhidmatan |
Penerima |
Insentif |
Rujukan/ Perundangan Rujukan (jika ada) |
|
Bon |
Pelabur |
- Faedah yang dibayar atau dikreditkan kepada mana-mana individu, unit amanah dan dana tertutup tersenarai yang berkaitan dengan debentur (tidak termasuk saham pinjaman boleh tukar) yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan;
|
Akta Cukai Pendapatan 1967 - Jadual 6, Seksyen 35 |
- Faedah yang dibayar atau dikreditkan kepada syarikat bukan residen berhubung dengan sekuriti Islam atau debentur berdenominasi ringgit (tidak termasuk saham pinjaman) yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan;
|
Akta Cukai Pendapatan 1967 - Jadual 6, Seksyen 33A |
|
Penerbit |
- Semua instrumen berhubung dengan terbitan dan pemindahan sekuriti hutang swasta yang terbitannya telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah dikecualikan daripada duti setem berkuat kuasa dari 1 Julai 2000.
|
Akta Duti Setem - Perintah Duti Setem (Pengecualian) (Bil. 23) 2000 |
- Semua instrumen untuk tujuan pensekuritian yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah dikecualikan daripada duti setem berkuat kuasa dari 1 Januari 2001.
|
Akta Duti Setem 1949 - Duti Setem (Pengecualian) (Bil. 12) Perintah 2001 |
- Cukai untung harta tanah berhubung dengan laba tercukai berakru ke atas sebarang pelupusan aset boleh gadai-
|
(a) |
kepada atau bagi pihak perantara kegunaan khas; or |
|
(b) |
berhubung dengan pembelian semula aset boleh gadai, kepada atau bagi pihak orang yang daripadanya aset itu diperoleh, dikecualikan bagi tujuan transaksi pensekuritian. |
|
Akta Cukai Untung Harta Tanah 1976 - Perintah Cukai Untung Harta Tanah (Pengecualian) 2001 |
- Kerangka kerja peneutralan cukai dalam pengiraan cukai pendapatan bagi pemula dan perantara kegunaan khas yang terlibat dalam transaksi pensekuritian yang diluluskan oleh SC
|
Diumumkan dalam Belanjawan Negara 2004 |