|
|
Pemohon |
Syarikat |
|
|
Papan Utama (MB) |
|
|
1. |
Syarikat 1/06/MB
|
- Pemohon tidak mematuhi peraturan rekod prestasi keuntungan bawah perenggan 6.13(a) Garis panduan Terbitan (Issues Guidelines) selepas mengetepikan perolehan ke atas pelupusan operasi yang dihentikan dari keuntungan selepas cukai terkumpul pemohon.
- Pemohon tidak mematuhi Guidance Note 7B Garis panduan Terbitan memandangkan operasinya tidak akan menghasilkan pemindahan sebarang teknologi baru ke Malaysia.
- Pemohon beroperasi dalam pasaran yang mempunyai persaingan sengit dan perlu bersaing dengan syarikat asing yang telah lama bertapak dan syarikat-syarikat multinasional yang lebih besar di pasaran asing.
|
|
2. |
Syarikat 2/06/MB
|
- Bimbang terhadap kemampuan prestasi kewangan dan prospek pertumbuhan pemohon memandangkan ia terlalu bergantung kepada kontrak yang terhad.
- Pemohon beroperasi dalam industri yang mempunyai persaingan sengit dengan kelebihan daya saing yang minimum.
|
|
3. |
Syarikat 31/06/MB |
- Bimbang terhadap kemampuan prestasi kewangan dan prospek pertumbuhan pemohon memandangkan ia terlalu bergantung kepada kontrak yang terhad.
- Ketakpastian terhadap implikasi perundangan dan kewangan terhadap projek pembinaan tertentu.
|
|
4. |
Syarikat 32/06/MB |
- Bimbang terhadap kebolehan pemohon untuk berjaya melaksanakan projek pembangunan yang besar memandangkan ia baru sahaja menjalankan projek pembangunan yang lebih kecil dan lebih separuh daripada bank tanah pemohon tertumpu kepada satu lokasi.
- Pemohon tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh memandangkan kedudukan aliran tunainya yang lemah dan hasil kewangan yang lemah berdasarkan akaun pengurusan terkini yang diperoleh.
|
|
|
Papan Kedua (SB) |
|
|
5. |
Syarikat 3/06/SB
|
- Pemohon terlalu bergantung kepada satu pelanggan penting.
- Pemohon terlalu bergantung kepada aktiviti kontrak pembuatan berpulangan rendah.
- Pemohon beroperasi dalam industri yang mempunyai persaingan sengit dengan kelebihan daya saing yang minimum.
|
|
6. |
Syarikat 4/06/SB
|
- Bimbang terhadap kekangan jualan pemohon dalam pasaran domestik.
- Kebolehan rekaan pemohon tidak ditunjukkan dengan baik dan produk-produknya tidak dipatenkan.
- Bimbang terhadap lonjakan jualan dalam tahun kewangan terkini yang mungkin tidak dapat dikekalkan.
|
|
7. |
Syarikat 5/06/SB
|
- Majoriti produk pemohon tidak digunakan dengan meluas dan jualannya tertumpu kepada satu negeri sahaja.
- Pemohon beroperasi dalam industri yang mempunyai persaingan sengit dengan kelebihan daya saing yang minimum.
- Jualan pemohon kepada pihak-pihak tertentu adalah besar tanpa pelegaan yang mencukupi.
|
|
8. |
Syarikat 6/06/SB
|
- Pemohon tidak mematuhi ketetapan dalam perenggan 6.15 Garis panduan Terbitan yang memerlukan sesebuah syarikat yang memohon untuk penyenaraian berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh dan perlu mempunyai modal kerja yang mencukupi pada masa penyenaraian.
- Pemohon mempunyai tadbir urus korporat yang lemah berhubung dengan penyerahan pulangan cukai pendapatan dan pembayaran kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
- Pemohon terlalu bergantung kepada satu pelanggan tanpa pelegaan mencukupi.
|
|
9. |
Syarikat 7/06/SB
|
- Pemohon gagal menangani kebimbangan yang diajukan oleh SC dengan memuaskan berhubung dengan kebergantungannya yang tinggi terhadap satu pelanggan dan aktiviti kontrak pembuatan berpulangan rendah tanpa pelegaan yang mencukupi, dan persaingan sengit dalam industri dengan kelebihan daya saing yang minimum.
|
|
10. |
Syarikat 8/06/SB
|
- Pemohon tidak mematuhi sepenuhnya peraturan dalam perenggan 6.14(a) Garis panduan Terbitan memandangkan penyumbang terbesar kepada keuntungannya baru beroperasi selama empat tahun kewangan sahaja.
- Pemohon mempunyai isu tadbir urus korporat, seperti pengeluaran lewat kenyataan kewangan teraudit anak syarikatnya dan kegagalan pemegang saham terbesarnya untuk mengemukakan maklumat/pengisytiharan/pengesahan sebagaimana yang ditetapkan dalam Format dan Kandungan bagi Tawaran Awam Awal Garis panduan Terbitan walaupun telah diberikan beberapa amaran.
|
|
11. |
Syarikat 9/06/SB |
- Tadbir urus korporat lemah yang ditunjukkan oleh pengarah-pengarah pemohon.
- Hasil kewangan pemohon tidak menunjukkan pertumbuhan kukuh walaupun telah wujud dan beroperasi dalam industri bagi jangka masa yang lama.
- Pemohon terlibat dalam pembuatan komponen yang kurang komplikasi dan beroperasi dalam industri yang berdaya saing.
|
|
12. |
Syarikat 33/06/SB |
- Pemohon gagal menunjukkan amalan tadbir urus yang memuaskan dengan mempunyai persetujuan tidak formal dengan pihak ketiga dan tidak mendapat persetujuan yang relevan daripada pihak berkuasa berkenaan.
- Bimbang terhadap implikasi perundangan dan kewangan berhubung dengan operasi pemohon terletak di premis subkontraktor yang tidak mempunyai kelulusan dan lesen yang betul untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
- Pemohon tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh memandangkan tahap modal kerjanya yang lemah.
|
|
Pasaran MESDAQ (MM) |
|
13. |
Syarikat 9/06/MM
|
- Penerimaan pasaran terhadap produk yang direka dan dibangunkan oleh pemohon belum lagi dibuktikan kerana pemohon masih baru berbanding dengan pesaing lain yang sedia ada. Selain itu, pemohon beroperasi dalam industri yang sangat berdaya saing dengan kelebihan persaingan minimum.
- Bimbang terhadap kemampuan mengekalkan prestasi kewangan dan prospek pertumbuhan Pemohon.
- Bimbang terhadap kedudukan penghutang dagangan besar pemohon.
|
|
14. |
Syarikat 10/06/MM
|
- Bimbang terhadap kebolehan pemohon untuk dapat menembusi/diterima ke pasaran dengan lebih meluas dan berjaya memperoleh pembelian ulangan jangka panjang dari pelanggan.
- Bimbang terhadap kebolehan pemohon untuk bersaing, meningkatkan dan mengekalkan pertumbuhan hasil memandangkan pelanggan sedia ada terdiri daripada hanya pelanggan bersaiz kecil.
|
|
15. |
Syarikat 11/06/MM
|
- Bimbang terhadap kebolehan pemohon untuk bersaing dengan berkesan bagi meningkatkan dan mengekalkan pertumbuhan hasil dalam industri pasaran multi tahapmemandangkan para pelanggan bagi produk utamanya kebanyakannya syarikat baru dan kecil.
- Bimbang terhadap kebolehan pemohon untuk terus menembusi/mendapat penerimaan terhadap produk-produknya secara global untuk mengatasi bilangan terhad pelanggan dalam pasaran domestik.
|
|
16. |
Syarikat 12/06/MM
|
- Pemohon tidak layak sebagai sebuah syarikat berasaskan teknologi memandangkan aktiviti utamanya adalah perbekalan perkhidmatan kejuruteraan dan penyelenggaraan yang menggunakan teknologi komersial sedia ada.
|
|
17. |
Syarikat 13/06/MM
|
- Pemohon gagal mempamerkan kriteria syarikat pertumbuhan tinggi berdasarkan pertumbuhan hasil dan keuntungan keseluruhannya.
- Produk-produk dagangan tidak boleh dianggap pelengkap yang besar terhadap produk-produk pembuatan pemohon.
- Rintangan teknologi yang rendah untuk masuk ke dalam industri.
|
|
18. |
Syarikat 14/06/MM
|
- Kebolehan R&D yang lalu dan pelaburan pemohon agak terhad/rendah, yang merupakan petunjuk mengenai rintangan teknologi yang rendah untuk masuk ke dalam industri..
- Bimbang terhadap pengekalan prestasi kewangan dan prospek pertumbuhan pemohon.
|
|
19. |
Syarikat 15/06/MM
|
- Bimbang terhadap prospek perniagaan disebabkan persaingan, rancangan perniagaan yang bukan pelengkap dan ketidakmampuan syarikat induk untuk mengekalkan penyenaraian sekiranya pemohon disenaraikan.
|
|
20. |
Syarikat 16/06/MM
|
- Pertumbuhan masa hadapan pemohon bergantung kepada produk-produk yang belum lagi dikomersialkan.
- Kebergantungan tinggi pemohon kepada beberapa pembekal dan pelanggan utama tanpa pelegaan yang mencukupi.
- Rintangan teknologi yang rendah untuk masuk ke dalam industri.
|
|
21. |
Syarikat 17/06/MM
|
- Aktiviti perniagaan pemohon mempunyai persaingan sengit sedangkan persaingan daripada syarikat-syarikat pembangunan harta yang mempunyai pasukan sendiri/anak syarikat yang melaksanakan aktiviti perniagaan yang sama seperti pemohon.
- Bimbang terhadap kebolehan pemohon untuk bersaing, meningkatkan dan mengekalkan pertumbuhan hasil dalam jangka panjang memandangkan pada masa lalu, sumbangan hasil yang penting diperoleh dari pihak-pihak yang berkaitan.
|
|
22. |
Syarikat 18/06/MM
|
- Pemohon tidak berkelayakan sebagai sebuah syarikat berasaskan teknologi kerana ia merupakan pengguna teknologi dan bukan pembina dan penginovasi teknologi memandangkan kebanyakan komponen bagi produk yang dikeluarkan adalah diperoleh daripada pihak ketiga.
|
|
23. |
Syarikat 19/06/MM
|
- Pemohon tidak berkelayakan sebagai syarikat berasaskan teknologi memandangkan teknologi yang dibangunkan oleh pemohon hanyalah alat bantuan kepada aktiviti teras bukan teknologi pemohon.
|
|
24. |
Syarikat 20/06/MM
|
- Pemohon tidak berkelayakan sebagai syarikat berasaskan teknologi memandangkan pemohon pada prinsipnya hanyalah pembina kandungan multimedia dan bergantung kepada pihak ketiga untuk alat-alat perisian.
|
|
25. |
Syarikat 21/06/MM
|
- Pemohon tidak berkelayakan sebagai syarikat berasaskan teknologi memandangkan perisian yang dibangunkan hanyalah alat bantuan bagi fungsi dalaman.
|
|
26. |
Syarikat 22/06/MM
|
- Pemohon tidak berkelayakan sebagai syarikat berasaskan teknologi memandangkan tidak terdapat pembangunan/inovasi teknologi.
|
|
27. |
Syarikat 23/06/MM
|
- Pemohon tidak berkelayakan sebagai syarikat berasaskan teknologi memandangkan hanya terdapat sumbangan minimum kepada hasil terkumpul dari aktiviti berasaskan teknologinya.
|
|
28. |
Syarikat 24/06/MM
|
- Bimbang terhadap prospek pertumbuhan hasil dan keuntungan masa akan datang pemohon memandangkan rekod keuntungannya yang bercampur-campur bagi beberapa tahun lalu dan tidak menunjukkan trend pertumbuhan yang kukuh.
- Kebergantungan tinggi terhadap industri domestik dan prospek pertumbuhan jangka panjang industri domestik adalah tidak pasti.
|
|
29. |
Syarikat 25/06/MM
|
- Bimbang sama ada penyelesaian bersepadu bagi operasi dan pengurusan pejabat adalah berdaya maju secara komersial.
- Bimbang sama ada pemohon boleh mengekalkan tahap hasil terkini sekiranya ia tidak dapat mengekalkan pelanggan utamanya.
|
|
30. |
Syarikat 26/06/MM
|
- Bimbang terhadap prospek akan datang pemohon disebabkan terdapat ketidakpastian tentang kebolehan pemohon untuk meningkatkan dan mengekalkan pertumbuhan hasil memandangkan pasaran pemohon terhad kepada majlis tempatan dengan penembusan terhad kepada pasaran tempatan lain dan pasaran luar negara.
- Kebergantungan tinggi pemohon terhadap rakan kongsi strategik bagi jualan kepada pelanggan.
|
|
31. |
Syarikat 27/06/MM
|
- Kegagalan pemohon untuk menangani, dengan memuaskan, isu yang dibangkitkan oleh SC berhubung dengan persaingan sengit dalam industri dan kebolehan pemohon untuk mengekalkan pertumbuhan hasilnya memandangkan sumbangan hasil yang signifikan adalah daripada pihak berkenaan.
|
|
32. |
Syarikat 28/06/MM
|
- Bimbang tentang keupayaan pemohon untuk berkembang memandangkan tumpuannya kepada pasaran terhad.
- Bimbang terhadap kebolehan pemohon untuk mengekalkan margin keuntungan kasar dan selepas cukai yang lalu.
- Kebolehan R&D pemohon adalah tidak pasti.
|
|
33. |
Syarikat 29/06/MM |
- Teras perniagaan pemohon adalah lebih kepada aktiviti dagangan dan bukan aktiviti berasaskan teknologi.
- Bimbang terhadap pengekalan prestasi kewangan dan prospek pertumbuhan pemohon memandangkan ia berada dalam kedudukan tawar menawar yang lemah dengan pembekal/pemberi perkhidmatan.
|