Selamat Datang Ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

 
Pasaran Modal Islam
 
 Semakan Patuh Syariah Bagi Pra-IPO Sekuriti

Majlis Penasihat Syariah (MPS) SC melakukan semakan pematuhan Syariah ke atas sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia. Bagi membangunkan dan menggalakkan lagi pasaran modal Islam di Malaysia, proses penyemakan pematuhan Syariah telah dibesarkan untuk memasukkan sama sekuriti pada peringkat pra-IPO. Dari 1 Oktober 2004, bakal penerbit sekuriti boleh memohon kepada SC untuk melakukan semakan sebegini.

 

Kit Permohonan
Sila berikan maklumat yang relevan menggunakan borang permohonan di bawah. Pencontoh maklumat bertindak sebagai panduan umum kepada jenis maklumat yang kami perlukan daripada pemohon.

  • Borang permohonan (pdf)
  • Pencontoh maklumat (pdf)

Bayaran Pemprosesan
Terdapat bayaran pemprosesan (pdf) bagi semakan pematuhan Syariah pada peringkat pra-IPO.

Penzahiran Dalam Prospektus
Semakan pematuhan Syariah dibuat apabila diminta oleh penerbit (sukarela) dan keputusan untuk mendedahkan hasil semakan Syariah itu kepada umum adalah tertakluk kepada budi bicara syarikat tersebut.

Bagaimana Hendak Memohon?

Permohonan bagi SC untuk melakukan semakan pematuhan Syariah bagi sekuriti pra-IPO mestilah dibuat melalui penasihat korporat pemohon dan hantar kepada:

 

Ketua
Jabatan Pasaran Modal Islam
Suruhanjaya Sekuriti
3, Persiaran Bukit Kiara
50490 Bukit Kiara
Kuala Lumpur

Tel: 603-6204 8000
Faks: 603-6201 5082
Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi:
Zainol Ali di 603-6204 8666 ( zainol@seccom.com.my).