Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan2007 (CMSA) memansuhkan Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 (FIA). CMSA yang berkuat kuasa mulai 28 September 2007 memperkenalkan sistem pelesenan tunggal bagi pengantara pasaran modal. Bawah sistem ini, pengantara pasaran modal hanya memerlukan satu lesen untuk menjalankan perniagaan dalam mana-mana satu atau lebih aktiviti yang dikawal selia seperti yang berikut:
Pelesenan memastikan tahap perlindungan pelabur yang mencukupi, termasuk peruntukan perlindungan yang mencukupi bagi melindungi pelabur daripada kemungkiran oleh pengantara pasaran atau masalah yang berbangkit daripada ketaksolvenan pengantara tersebut. Lebih penting lagi, ia menanamkan keyakinan di kalangan pelabur bahawa organisasi dan orang yang berurusan dengan mereka, akan melayani mereka dengan adil dan cekap, jujur serta mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan di bawah: |

