Prospektus-prospektus yang disiarkan di sini belum lagi berdaftar dengan SC dan hanya untuk membolehkan orang ramai memberikan komen masing-masing. PROSPEKTUS TERSEBUT TIDAK SEPATUTNYA DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN. Sekuriti tidak boleh ditawarkan dan permohonan untuk sekuriti tidak boleh diterima sehingga prospektus telah didaftarkan dengan SC.
SC tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang tidak dizahirkan oleh syarikat yang berkenaan dan tidak bertanggungjawab bagi kandungan prospektus, tidak membuat pengakuan terhadap ketepatan atau kelengkapannya, dan menolak tuntutan sebarang liabiliti bagi apa juga kerugian yang berbangkit daripada atau yang berkaitan dengan mana-mana kandungan prospektus tersebut sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya.
Prospektus IPO berhubung Dengan Tawaran Awam Awal Syarikat dan Skim Pelaburan Kolektif yang Ingin Disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad
NOTA
|
1. |
Cadangan tawaran sekuriti telah diluluskan oleh SC bawah seksyen 212 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Prospektus tersebut sedang disemak oleh SC. |
|
2. |
Permohonan untuk menawarkan sekuriti bawah seksyen 212 CMSA telah diserahkan kepada SC. Permohonan dan prospektus tersebut kini sedang disemak oleh SC. |
|
3. |
Penawaran sekuriti dikecualikan daripada kelulusan SC bawah seksyen 213 CMSA. Bagaimanapun, prospektus berkenaan kini sedang disemak oleh SC. |