Bil.

Jenis Kesalahan

Tertuduh

Fakta Kes

Kompaun

1.

Menjalankan perniagaan pembrokeran niaga hadapan tanpa lesen

Tai Swee Keong (Richard)

Tai menjalankan perniagaan pembrokeran niaga hadapan melalui Tandum Commerce Sales & Services (M) Sdn Bhd tanpa lesen.

Tai dikompaun RM250,000 bagi kesalahan tersebut.

2.

Menjalankan perniagaan penasihat niaga hadapan tanpa lesen

Tai menjalankan perniagaan penasihat niaga hadapan melalui Tandum Commerce Sales & Services (M) Sdn Bhd tanpa lesen.

Tai didenda RM250,000 bagi kesalahan tersebut.

3.

Menyebabkan terbitnya prospektus yang mana ada perkara penting tidak dimasukkan di dalamnya oleh Pengarah

Shabaruddin Ibrahim

Shabaruddin, Presiden, CEO dan Pengarah Eksekutif Enegro Bhd menyebabkan terbitnya prospektus yang mana ada perkara penting tidak dimasukkan di dalamnya.
Perkara yang tidak dimasukkan itu adalah berhubung dengan maklumat mengenai penamatan Perjanjian Konsesi Jualan oleh Fiat Auto SpA, iaitu perniagaan tunggal Energo Bhd.

Shabaruddin dikompaun RM200,000 bagi kesalahan tersebut.

4.

Memberikan maklumat mengelirukan kepada SC berhubung dengan cadangan yang dikemukakan mengikut seksyen 32 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993

Low Bok Tek

Kedua-dua mereka yang merupakan Pengarah Taiping Super Bhd (TSB), telah memberikan maklumat mengelirukan kepada SC berhubung dengan penguntukan saham-saham TSB kepada kakitangannya ekoran daripada pengapungan TSB.
Low Bok Tek dan Low Hup Seng dikompaun bersama bagi kesalahan tersebut.

Low Bok Tek dikompaun RM150,000 bagi kesalahan tersebut.

Low Hup Seng

Low Hup Seng dikompaun RM150,000 bagi kesalahan tersebut.

5.

Gagal untuk menasihati SC bahawa kenyataan yang dikemukakan kepada SC adalah tidak lengkap

Yeo Eck Liong

Yeo, Pengarah Urusan Yeo Aik Resources Bhd (Yeo Aik), gagal memaklumkan kepada SC mengenai perubahan dalam pemilikan benefisial pemegangan saham Bumiputera Yeo Aik sebelum penyenaraiannya di Papan Kedua di BSKL. Bahagian Bumiputera saham-saham Yeo Aik, yang sebelum itu diperuntukkan kepada Megat Zabidi, telah dipindahkan daripada Megat Zabidi kepada Yeo sebelum penyenaraian Yeo Aik.

Yeo dikompaun RM100,000 bagi kesalahan tersebut.

Megat Zabidi Megat Husain

Megat dikompaun RM50,000 kerana bersubahat melakukan kesalahan tersebut.

6.

Orang yang membuka akaun CDS menggunakan nama dan kad pengenalan yang berbeza-beza untuk membolehkan berbilang permohonan saham-saham IPO

Wong Wing Tat

Wong telah menggunakan identiti orang ketiga bagi membuka pelbagai akaun CDS sedangkan sebenarnya dia merupakan pemilik benefisial. Akaun-akaun itu telah dibuka untuk membolehkan berbilang permohonan saham-saham IPO.

Wong dikompaun RM106,000 bagi kesalahan tersebut.

7.

Menjalankan perniagaan pembrokeran niaga hadapan tanpa lesen

Lye Ek Seang

Lye menjalankan perniagaan pembrokeran niaga hadapan melalui sebuah syarikat yang dinamakan Ambang Pintar Sdn Bhd tanpa lesen.

Lye dikompaun RM500,000 bagi kesalahan tersebut.
Kesan daripada kompaun itu, pertuduhan ke atas Lye telah ditarik balik.

Menjalankan perniagaan penasihat niaga hadapan tanpa lesen

Lye menjalankan perniagaan penasihat niaga hadapan melalui sebuah syarikat yang dinamakan Ambang Pintar Sdn Bhd tanpa lesen.

8.

Sekuriti tidak didepositkan ke dalam nama pemilik benefisial.

Low Lai Peng

Low Lai Peng bukanlah pemilik benefisial saham-saham Halim Mazmin Bhd yang dipegang dalam akaun CDSnya di OSK Securities Bhd.
Remisier Low Lai Peng, Low Peng Wai menyedari perkara ini dan bersubahat dengan Low Lai Peng dalam melakukan kesalahan tersebut.

Kompaun RM300,000 bagi setiap tertuduh.

Low Peng Wai