Kemukakan Aduan

Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan kami meneliti aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan untuk menilai sama ada terdapat kesalahan bawah undang-undang sekuriti. Kami mengalu-alukan semua jenis aduan yang berkenaan kerana aduan-aduan tersebut memberikan peringatan kepada kami mengenai aktiviti salah laku yang berlaku dalam industri atau trend baru melibatkan penipuan pelaburan.

Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada SC.

Bagaimana Hendak Mengemukakan Aduan?

Sila kemukanan aduan dengan memuat turun dan melengkapkan borang yang berikut:

Borang ini boleh juga difaks atau dihantar ke alamat di bawah:

Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti
3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur

Tel: 603 6204 8999
Faks: 603 6204 8991
E-mel: [email protected]

Berikut adalah contoh kategori aduan:

  • Aduan mengenai syarikat-syarikat awam tersenarai;
  • Aduan mengenai pengantara-pengantara berlesen;
  • Aduan mengenai pendaftar-pendaftar saham;
  • Aduan mengenai rumah-rumah penerbitan;
  • Aduan mengenai bursa-bursa;
  • Aduan mengenai urus niaga dalam unit amanah;
  • Aduan mengenai urus niaga dalam sekuriti; dan
  • Aduan mengenai urus niaga dalam niaga hadapan.

Aduan lain

  • Aduan mengenai SC atau kakitangan SC

Prosedur pengendalian aduan kami juga menerima dan meneliti aduan mengenai SC atau kakitangan SC, yang melibatkan perbuatan salah laku dan fungsi-fungsi SC. Aduan sedemikian akan dirujuk kepada Pengerusi SC untuk penilaian dan pertimbangan sewajarnya. Semasa mengemukakan aduan, pengadu dikehendaki memberikan nama dan maklumat untuk dihubungi berserta butiran khusus berkaitan dengan perkara yang diadukan.

Apa yang Perlu Ada Dalam Aduan?

Pemprosesan yang cekap dan berkesan hanya boleh dilakukan sekiranya maklumat yang diberikan tepat dan lengkap. Walau pun pengadu tidak dikehendaki memberikan maklumat melebihi daripada apa yang dikehendakinya, maklumat yang kritikal diperlukan bagi membolehkan penilaian yang betul dilakukan terhadap aduan tersebut termasuklah:

  • Nama pengadu, alamat surat menyurat dan e-mel, dan nombor telefon;
  • Nama, alamat surat menyurat dan e-mel, nombor telefon, dan alamat laman web mana-mana pihak yang disebut dalam aduan; dan
  • Butiran khusus mengenai bagaimana, mengapa dan bila perkara yang diadukan itu berlaku.

Apa Berlaku Selepas Sesuatu Aduan Difailkan?

Setiap aduan akan dikaji dan dinilai untuk dirujukkan kepada jabatan yang berkenaan di SC. Sekiranya didapati ada kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang sekuriti, perkara tersebut akan dirujukkan kepada Jabatan Penyiasatan SC untuk siasatan lanjut. Menjadi dasar SC untuk menjalankan siasatannya secara sulit untuk memelihara integriti proses siasatannya serta melindungi mereka yang berkemungkinan dituduh tanpa berasas atau yang mana SC menentukan bahawa tindakan penguatkuasaan tidak perlu atau tidak sesuai.

SC tidak boleh, di bawah undang-undangnya, menyatakan sama ada wujud atau tidak siasatan dan sebarang maklumat yang dikumpulkan.

Sebarang tindakan yang diambil oleh SC dilakukan bagi dirinya sendiri. SC tidak akan melakukan timbang tara dan tidak bertindak sebagai peguam atau penasihat. Jika mengalami kerugian, pihak yang menanggungnya perlu memfailkan tuntutannya, sama ada bagi melakukannya sendiri atau mendapatkan khidmat peguam