ANUGERAH BIASISWA MELANGKAH CEMERLANG KE HADAPAN

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mempelawa mereka yang cemerlang, berwawasan dan berdedikasi untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan membina kerjaya yang mencabar bersama kami. Jika anda seorang yang bijak, bercita-cita tinggi, mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan ingin mengikuti pengajian dalam bidang :

  • Ekonomi
  • Kewangan
  • Kewangan dan Perbankan Islam
  • Pelaburan Perbankan
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Perakaunan
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Undang-Undang

Rebutlah peluang untuk memohon Biasiswa SC hari ini!


SYARAT KELAYAKAN UNTUK BIASISWA PRA-IJAZAH

Untuk kursus-kursus pra-ijazah di universiti / institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf (A-level, asasi, matrikulasi, dan diploma)

Akademik

:

Minimum 9A dalam peperiksaan SPM 2011

Lain-lain

:

Berumur 19 tahun dan ke bawah

SYARAT KELAYAKAN UNTUK BIASISWA PENGAJIAN SISWAZAH

Untuk pengajian Ijazah pertama di universiti yang tersohor dan diiktiraf di Malaysia dan di luar negara

Akademik

:

Minimum 3A dan 1B+ dalam peperiksaan STPM atau 3A di peringkat A-Levels atau 3.5 CGPA pada peringkat Diploma / Matrikulasi

SYARAT TAMBAHAN UNTUK KESEMUA BIASISWA

  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan kepimpinan yang baik
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan baik
  • Bukan penerima biasiswa organisasi lain

Biasiswa ini merangkumi yuran penuh pembelajaran, buku-buku, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan.

Tawaran bersyarat akan dibuat kepada calon-calon yang berjaya, tertakluk kepada penerimaan mereka ke universiti / institusi pengajian tinggi yang tersohor dan diiktiraf serta sedia berkhidmat dengan SC bagi jangka masa yang ditetapkan setelah tamat pengajian.

Prospek kerjaya yang cemerlang menanti Pemegang Biasiswa SC selepas menamatkan pengajian dengan jayanya. Sebagai agensi pengawalseliaan yang progresif dalam pasaran modal Malaysia, kami menawarkan pendedahan meluas dan peluang pembangunan kerjaya, serta peluang menimba pengetahuan daripada mereka yang pakar di dalam bidang berkaitan.


Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di sini. Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami menjangkakan kebanyakan calon akan menghantar permohonan mereka di saat akhir tarikh tutup permohonan.

Bagi mengelakan daripada kesesakan di dalam talian yang mungkin melambatkan proses permohonan, calon-calon hendaklah mendaftar “ID pengguna” selewat-lewatnya pada 1 April 2012 dan calon-calon digalakkan menghantar permohonan seawal mungkin. Calon-calon yang ingin mendaftarkan ID pengguna yang baru, tidak akan dapat berbuat demikian pada tarikh 2 dan 3 April 2012. Sila mulakan proses permohonan anda sebelum tarikh-tarikh tersebut.

Tarikh Tutup Permohonan

Pendaftaran untuk sistem ID pengguna hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada hari Ahad 1 April 2012 dan segala dokumen permohonan hendaklah dihantar sebelum 5.00 petang Selasa 3 April 2012.

Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.