Dato' Gooi Hoe Soon mempunyai lebih 35 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan dan kewangan korporat. Beliau memainkan peranan penting dalam menjayakan pelaksanaan beberapa urusan korporat, termasuk pencantuman dan pemerolehan, dan penstrukturan semula hutang korporat oleh PLC. Beliau kini menganggotai Lembaga Yinson Holdings Bhd, Red Ideas Holdings Bhd, Perusahaan Sadur Timah Malaysia Bhd dan pengarah gantian Hup Seng Industries Bhd. Dato' Gooi juga merupakan ahli Jawatankuasa Pengurusan Hutang dan Liabiliti.
Dato' Gooi ialah bekas Pengerusi Lembaga Pengarah EON Bank Bhd dari 2009 hingga 2012, Pengerusi Amity Bond Sdn Bhd, Timbalan Pengerusi Avenue Capital Resources Bhd dan ahli lembaga AIA Bhd. Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif - Urus Niaga Avenue Securities Sdn Bhd. Dato' Gooi ialah Ahli Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dan Institut Akauntan Malaysia.