Lynette Yeow Su-Yin
Lynette Yeow Su-Yin
(Dilantik 11 Jun 2021)
Lynette Yeow Su-Yin merupakan seorang peguam yang telah berkhidmat dalam bidang guaman sejak Januari 1995. Pengalamannya termasuk menjadi rakan urusan di Messrs Kadir Andri & Partners dan Messrs Zaid Ibrahim & Co. Beliau kini merupakan perunding di Messrs Sanjay Mohan.

Yeow memiliki pengalaman luas dalam bidang kewangan korporat, pasaran modal, percantuman dan pengambilalihan, peraturan sekuriti dan dana (termasuk ekuiti swasta dan amanah pelaburan hartanah).

Sebelum pelantikannya sebagai ahli Lembaga SC, Yeow merupakan ahli bebas Jawatankuasa Pengambilalihan dan Percantuman SC sejak Januari 2020.

Beliau kini ialah pengarah Bebas Bukan Eksekutif dalam lembaga pengarah Malaysia Building Society Bhd dan CTOS Digital Bhd. Yeow juga pemegang amanah The Datai Pledge, satu inisiatif perlindungan dan kelestarian alam sekitar yang diasaskan oleh The Datai, Langkawi. Yeow memiliki kelulusan ijazah sarjana muda sastera dan ijazah sarjana dalam undang-undang daripada University of Cambridge.
HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup