Pengerusi Eksekutif
Datuk Syed Zaid Albar
Datuk Syed Zaid Albar 
Pengerusi Eksekutif
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Datuk Syed Zaid Albar ialah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Sebelum dilantik sebagai Pengerusi SC pada 1 November 2018, beliau merupakan Rakan Urusan sebuah firma undang-undang yang terkemuka di Kuala Lumpur.

Syed Zaid dilantik sebagai Pengerusi Securities Industry Development Corporation (SIDC), cabangan pembelajaran dan pembangunan SC pada 20 Januari 2020. Beliau mempengerusikan Lembaga Pemegang Amanah Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF), sebuah dana statutori yang ditubuhkan pada 2002 dengan objektif untuk membiaya pembangunan dan penggalakan pasaran modal.

Selaku Pengerusi Suruhanjaya, Syed Zaid merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan (FSEC) Bank Negara Malaysia yang dipengerusikan oleh Gabenor BNM dan ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaporan Kewangan.

Di peringkat antarabangsa, Syed Zaid merupakan Naib Pengerusi Pasaran Pertumbuhan dan Pesat Membangun (GEM) Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO) dari 2019 hingga 2020.

Sejak Jun 2020, beliau merupakan wakil lembaga bagi Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik (APRC) IOSCO serta ahli Lembaga pentadbir ISOCO, badan peringkat global bagi pengawal selia pasaran modal. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Hab Asia Pasifik IOSCO yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Syed Zaid juga mewakili SC dalam Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF).

Syed Zaid memperoleh kelayakan sebagai Barrister-at-Law dari Lincoln’s Inn, United Kingdom. Sebelum menyertai SC, beliau aktif sebagai pengamal industri selama 38 tahun, terutamanya dalam bidang undang-undang korporat, perbankan dan pasaran modal (hutang dan ekuiti) kewangan konvensional dan Islam. Beliau telah diberi pengiktirafan atas sumbangan dan pencapaiannya dalam amalan perundangan melalui pelbagai anugerah di peringkat domestik dan antarabangsa.
HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup