Tan Sri Mazlan Bin Mansor
Tan Sri Mazlan Bin Mansor
(Dilantik 1 Mac 2022)

Tan Sri Mazlan merupakan Timbalan Ketua Polis Diraja Malaysia sebelum beliau bersara pada Ogos 2020. Beliau telah berkhidmat dalam Pasukan Polis selama hampir 41 tahun, mengetuai pelbagai jawatan kanan termasuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ketua Pegawai Polis Selangor dan Pesuruhjaya Polis Sarawak. Selain mempunyai pengalaman luas dalam kerja penyiasatan, Tan Sri Mazlan juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Undang-undang/Pendakwaan di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman selepas memperoleh ijazah L.LB (Kepujian) dari University of Wales, Aberystwyth United Kingdom pada tahun 1992.

Pada tahun 2021, Tan Sri telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dalam lembaga pengarah AmREIT Managers Sdn Bhd (“AmREIT”). Beliau telah meletak jawatan daripada lembaga AmREIT sebelum tarikh kuat kuasa pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah SC. Tan Sri Mazlan juga kini memegang jawatan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di RCE Capital Berhad.

Pelantikan Tan Sri Mazlan memberikan kepelbagaian kepada Lembaga Pengarah. Beliau membawa bersamanya pengalaman yang luas, memandangkan pelbagai jawatan yang pernah dipegangnya sebagai pegawai kanan Polis. Pelantikan beliau dalam lembaga pengarah kepada 2 syarikat tersenarai awam, serta di AmREIT, sebuah entiti yang dikawal selia, telah memberi Tan Sri Mazlan pendedahan yang bersesuain untuk beliau menjalankan peranan sebagai ahli lembaga bebas SC.

HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup