Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif SC pada 5 April 2018. Beliau menyertai SC pada Januari 2011 sebagai Pengarah Eksekutif, Pasaran Modal Islam dan dilantik sebagai Pengarah Urusan, Pembangunan dan Pasaran Islam pada November 2016.
Beliau juga merupakan Pengerusi Capital Markets Malaysia (CMM), sebuah entiti yang ditubuhkan oleh SC untuk mempromosikan pasaran modal Malaysia, serta ahli Lembaga pengarah Securities Industry Development Corporation. Datuk Zainal Izlan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun pengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan. Beliau memulakan kerjaya dengan Citibank sebelum berpindah ke MIDF Amanah Asset Management. Sebelum menyertai SC, Datuk Zainal Izlan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif i-VCAP Management.
Datuk Zainal Izlan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi (dwipengkhususan dalam Perakaunan dan Kewangan) dari The Wharton School, University of Pensylvania, AS, dan merupakan pemegang piagam Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA).