Pembatalan dan Penggantungan Pendaftaran
  • 2019
    No Nature of Breach Parties Involved Brief Description of Breach Action Taken Date of Action
    1.

    Breach the AOB’s registration condition imposed under Section 31O(3) of the Securities Commission Malaysia Act 1993.

    Loh Chye Teik (“LCT”) of UHY.

    LCT was the engagement partner in the audit of a PIE for the financial years ended 31 December 2016 and 31 December 2017.

    Failure to comply the key audit partner rotation requirement in the By-Laws (On Professional Ethics, Conduct and Practice) of the Malaysian Institute of Accountants.

    Revocation of the AOB’s registration

    5 April 2019
  • 2018
    Bil. Jenis Kesalahan Pihak yang Terlibat Huraian Ringkas Kesalahan Tindakan yang Diambil Tarikh Tindakan Diambil
    1.

    Pelanggaran syarat pendaftaran AOB bawah seksyen 31O(3) Akta Suruhanjaya Sekuriti  Malaysia 1993 (SCMA).

    Loh Chye Teik (LCT) dari UHY.
    LCT merupakan rakan kongsi tugasan bagi pengauditan sebuah PIE bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 dan 31 Disember 2017.

    Kegagalan mematuhi keperluan penggiliran rakan kongsi audit utama Undang-undang Kecil (mengenai Etika, Kelakuan dan Amalan Profesional) Institut Akauntan Malaysia.

    Pendaftaran dibatalkan oleh AOB

    5 April 2019

  • 2015
    Bil. Jenis Kesalahan Pihak yang Terlibat Huraian Ringkas Kesalahan Tindakan yang Diambil Tarikh Tindakan Diambil
    1.

    Melanggar syarat-syarat pendaftaran AOB bawah seksyen 31O(3) SCMA yang dibaca bersama perenggan berikut dari Buku Panduan Pendaftaran AOB:

    • Perenggan 5.04(c) -keperluan bagi sesebuah firma audit untuk mematuhi piawaian pengauditan dan etika di Malaysia Malaysia.
    • Perenggan 5.04(b) – keperluan bagi sesebuah firma audit untuk menjalankan amalan auditnya dengan jujur, cekap dan berhati-hati.
    • Perenggan 5.04(e) – keperluan bagi sesebuah firma audit untuk memastikan mereka yang mengaudit penyata kewangan sesebuah PIE bagi pihaknya memiliki kelayakan bersesuaian, diberi latihan yang mencukupi dan cekap.

    Wong Weng Foo & Co

    • Wong Weng Foo & Co gagal mematuhi keperluan Piawaian Antarabangsa tentang Kawalan Kualiti 1 (ISQC 1) dalam melaksanakan tugas profesional ketika menjalankan pengauditan PIE.
    • Wong Weng Foo & Co gagal menjalankan amalan auditnya dengan jujur, cekap dan berhati-hati.
    • Wong Weng Foo & Co gagal memastikan bahawa juruaudit yang mengaudit penyata kewangan PIE memiliki kelayakan bersesuaian, diberi latihan yang mencukupi dan cekap. Akibatnya, terdapat banyak kelemahan yang ketara dan berulang dalam pengauditan entiti awam tersenarai bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 dan 30 Jun 2014. 

    Pendaftaran Wong Weng Foo & Co’s dengan AOB dibatalkan menurut seksyen 31Q(1)(a)(B) SCMA.*

    2 Disember 2015

    2

    Melanggar syarat pendaftaran AOB bawah seksyen 31O(3) SCMA yang dibaca bersama perenggan berikut dari Buku Panduan Pendaftaran AOB:

    • Perenggan 5.05(d) -keperluan bagi juruaudit individu untuk mematuhi piawaian pengauditan dan etika di Malaysia.
    • Perenggan 5.05(c) – keperluan bagi juruaudit individu untuk menjalankan amalan auditnya dengan jujur, cekap dan berhati-hati.  

    Wong Weng Foo
    Rakan Kongsi Pengurusan Wong Weng Foo & Co.

    • Rakan Kongsi Pengurusan gagal mematuhi keperluan ISQC 1 yang berkaitan dalam melaksanakan tugas profesionalnya sebagai Rakan Kongsi Pengurusan Wong Weng Foo & Co.
    • Rakan Kongsi Pengurusan gagal menjalankan amalan auditnya dengan jujur, cekap dan berhati-hati.

    Pendaftaran Rakan Kongsi Pengurusan dengan AOB dibatalkan menurut seksyen 31Q(1)(a)(B) SCMA. *

    2 Disember 2015

    3

    Melanggar syarat pendaftaran AOB bawah seksyen 31O(3) SCMA disebabkan oleh pelanggaran khusus piawaian pengauditan berhubung dengan pengauditan penyata kewangan dua entiti awam tersenarai bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 dan 30 Jun 2014.

    Abdul Halim Husin
    Rakan Kongsi Wong Weng Foo & Co yang merupakan rakan kongsi tugasan dalam pengauditan dua entiti awam tersenarai bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 dan 30 Jun 2014.

    Rakan kongsi gagal mematuhi keperluan tertentu Piawaian Antarbangsa  tentang Pengauditan dalam melaksanakan tugas profesionalnya dalam pengauditan dua entiti awam tersenarai.  

    Pendaftaran Rakan Kongsi dengan AOB dibatalkan menurut Seksyen 31Q(1)(a)(B) SCMA.*

    2 Disember 2015

    • * Pada 31 Disember 2015, Wong Weng Foo & Co (WWF & Co) dan Rakan Kongsinya Wong Weng Foo (WWF) dan Abdul Halim Husin (AHH) merayu kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap keputusan Lembaga Pemantauan Audit (AOB) pada 2 Disember 2015 untuk membatalkan pendaftaran mereka.
    • Selepas mempertimbangkan rayuan mereka, SC memutuskan untuk menolak rayuan dan mengesahkan keputusan AOB menggantung pendaftaran WWF & Co, WWF dan AHH. Pembatalan tersebut berkuat kuasa dari 20 Julai 2016. 

    Nota: Menurut seksyen 31ZB SCMA, semua tindakan yang diambil oleh AOB adalah tertakluk kepada rayuan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh individu terbabit dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.
HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup