Penguatkuasaan AOB
Prinsip keberkadaran, kecekapan dan mencapai keputusan yang diingini terus menjadi elemen penting dalam pendekatan penguatkuasaan strategik yang diterima pakai oleh AOB. Dalam menentukan jenis sekatan yang dikenakan ke atas sebarang kesalahan atau pelanggaran keperluan, AOB mengambil kira jenis dan keseriusan kesalahan itu, rekod pengawalseliaan terdahulu serta faktor-faktor pemburuk dan peredaan yang lain. Antara perkara yang dipertimbangkan oleh AOB adalah kesan pelanggaran itu terhadap integriti profesion, pasaran modal secara keseluruhan dan kesan pelanggaran terhadap keyakinan dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit PIE yang dipersoalkan.

Sanksi tersebut adalah:
  • Mengarahkan orang yang melakukan kesalahan untuk mematuhi peruntukan Bahagian IIIA SCA atau sebarang syarat, notis bertulis atau garis panduan;
  • Mengenakan celaan
  • Menghendaki pendidikan profesional dilaksanakan;
  • Melantik penilai bagi mengawasi audit yang dijalankan oleh juruaudit terbabit; 
  • Penalti kewangan tidak melebihi RM500,000;
  • Melarang individu yang terbabit daripada menerima mana-mana entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual sebagai pelanggannya atau menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan mana-mana entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang sekuriti atau garis panduan yang dikeluarkan oleh SC, bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan; dan
  • Melarang individu yang berkenaan daripada mengaudit penyata kewangan atau menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang sekuriti atau garis panduan yang dikeluarkan oleh SC, bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan atau selama-lamanya.
Tumpuan penguatkuasaan AOB adalah sama ada juruaudit mematuhi piawaian pengauditan dan etika yang diiktiraf. Tindakan AOB yang sedemikian tidak semestinya menggambarkan bahawa penyata kewangan teraudit tersebut tidak memberikan pandangan yang benar dan saksama.
Soalan Lazim – Proses Rayuan
HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup