Tan Sri Abu Samah membawa bersama pengalaman beliau lebih 40 tahun dalam pelbagai kapasiti semasa berkhidmat dalam agensi kerajaan dan badan kehakiman.
Tan Sri Abu Samah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Bahagian Komersial Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1994, sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Bahagian Komersial pada tahun 1996.
Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Kuantan, Shah Alam, dan Melaka antara tahun 1997 dan 2003. Beliau kemudiannya menjadi Hakim di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2007. Beliau dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan pada tahun yang sama dan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2013 sebelum bersara daripada perkhidmatan dalam badan kehakiman pada tahun 2018.
Tan Sri Abu Samah memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang LLB (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Undang-undang dari University College London.