SC mempelawa para pemimpin industri, penginovasi dan usahawan untuk mencadangkan topik-topik yang mempamerkan status operasi mereka pada masa kini dan akan dating dalam ruang Fintech.
Para pelabur, penggalak pasaran, penyedia penyelesaian, agensi kerajaan, persatuan dan institusi lain yang mempunyai pengalaman dan/atau minat aktif dalam menyokong inovasi dalam sektor perkhidmatan kewangan turut dipelawa untuk menyertai
[email protected] Melalui
[email protected], SC akan mengendalikan semua pertanyaan dan pernyataan minat yang diterima ke dalam pelbagai hab yang terdiri daripada pihak berkepentingan yang terbabit. Hab-hab ini dibentuk daripada pelbagai kumpulan pihak berkepentingan yang berbeza, setiap daripadanya dengan bidang minat tertentu.
SC akan menggunakan sumbernya secekap yang mungkin dengan memastikan usaha ditumpukan ke atas inovasi yang asli dan terkini. Bagi memastikan sokongan yang khusus dan tepat pada masanya, SC perlu membuat pertimbangkan pihak yang terlibat dalam pembabitan, dan sejauh pembabitan tersebut. Dari masa ke semasa, SC akan membangunkan kriteria panduan bagi pertimbangan ini, dan mengalu-alukan cadangan daripada pembaca gesaan terhadap penglibatan ini.
SC tidak akan memperkenalkan akreditasi atau pengesahan SC bagi perniagaan atau inovasi tertentu sebagai sebahagian daripada
[email protected], tetapi akan memilih untuk bekerjasama dengan mereka bagi tujuan penyelidikan atau percubaan. Secara amnya, kebanyakan perbincangan awal bersama penginvoasi ini dijangka tidak secara rasmi. Peserta hendaklah tidak menjangka kandungan perbincangan tidak rasmi ini sebagai mengikat komitmen oleh pihak SC.