Pemeriksaan Firma Audit dan Juruaudit Individu

Selaras dengan Seksyen 31V(1) Bahagian IIIA SCMA, AOB menjalankan pemeriksaan ke atas juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual dengan tujuan memupuk kualiti audit yang tinggi serta memastikan penyata kewangan teraudit yang boleh dipercayai.

Program pemeriksaan yang dilaksanakan oleh AOB merangkumi semakan di peringkat Firma dan peringkat Tugasan.

Semakan Peringkat Firma

Semakan peringkat firma bertujuan menilai tahap pematuhan firma audit terhadap keperluan ISQM 1.

Semakan Peringkat Tugasan

Semakan peringkat tugasan bertujuan menilai tahap pematuhan juruaudit berdaftar terhadap piawaian audit dan etika yang berkaitan, termasuk sama ada bukti audit yang mencukupi dan sesuai telah diperoleh berhubung laporan audit PIE dan kumpulan wang jadual

Gambaran Ringkas Pemeriksaan

Nota:

* Firma Audit Utama terdiri daripada Baker Tilly Monteiro Heng PLT, BDO PLT, Crowe Malaysia PLT, Deloitte Malaysia PLT, Ernst & Young PLT, Grant Thornton Malaysia PLT, KPMG PLT, PricewaterhouseCoopers PLT dan UHY Malaysia PLT.

RAJAH 1

Industri yang diliputi dalam semakan peringkat tugasan pada tahun 2025

Selepas setiap pemeriksaan diselesaikan, satu laporan pemeriksaan akan dikeluarkan kepada firma audit, yang memperincikan penemuan daripada pemeriksaan tersebut. Firma audit kemudiannya dikehendaki mengemukakan pelan tindakan pembetulan untuk semakan dan kelulusan AOB. Semua kekurangan pemeriksaan mesti diperbetulkan dalam tempoh masa yang dipersetujui bersama AOB.

Bagi tugasan yang memerlukan penambahbaikan ketara, AOB boleh mengenakan langkah pembetulan khusus terhadap firma audit atau juruaudit individunya atau mengenakan prosiding penguatkuasaan.

SOROTAN PEMERIKSAAN UTAMA 2025

Selain itu, AOB juga boleh menerima rujukan dalaman atau luaran berkaitan kebimbangan terhadap kualiti audit PIE. Pada tahun 2025, AOB telah menyelesaikan penilaian bagi 23 kes rujukan.

Perincian lanjut mengenai program pemeriksaan, termasuk penemuan pemeriksaan lazim, analisis arah aliran serta usaha pembetulan yang diambil oleh firma audit yang diperiksa, akan dibentangkan secara berasingan dalam Laporan Pemeriksaan Tahunan (AIR) 2025 AOB. AIR bertujuan menggalakkan perbincangan yang lebih bermakna mengenai kualiti audit dalam kalangan juruaudit, jawatankuasa audit serta pihak pengurusan PIE dan kumpulan wang jadual.

Ooops!
Generic Popup