10 Terima Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti

Kuala Lumpur, 27 Jun 2008

Sepuluh pelajar Malaysia paling cemerlang dan terbaik membuktikan bahawa kecemerlangan mereka mendapat ganjaran apabila mereka menerima biasiswa daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk melanjutkan pengajian mereka dalam bidang yang mereka kehendaki.

Pengerusi SC Dato’ Zarinah Anwar, yang menyampaikan biasiswa tersebut baru-baru ini berkata, SC percaya kepada pendidikan sepanjang hayat yang membolehkan kakitangannya memperoleh kemahiran dan kepakaran baru untuk bersaing dengan kedinamikan pasaran kewangan global.

“SC menawarkan kepada kakitangan kami peluang untuk mengembangkan potensi mereka, cabaran besar intelektual dan kepuasan kerana dapat membuat sumbangan berkesan terhadap perkembangan dan pembangunan pasaran modal Malaysia, ” katanya.

Sepuluh yang bertuah itu ialah Philbert Tiki Yong, Annarina Chacko Jacob, Aina Shazwani Salleh, Nur Atiqah Mohd Zaki, Joanna Ghazali, Chew Li Chen, Yeoh Thean Jern, Nur Sharizad Mohd Suhaimi, A’lia Kaz Ahmad Kamal dan Nazalea Nasihin.

“Saya sentiasa mengimpikan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi di Warwick University dan saya berterima kasih kepada SC kerana membolehkan impian saya itu menjadi kenyataan. Saya gembira menerima biasiswa ini,” kata Nur Sharizad yang memperoleh CGPA 3.96 bagi pengajian diplomanya di UiTM Johor.

Penerima biasiswa tersebut dipilih daripada lebih 550 permohonan yang diterima daripada seluruh negara. Mereka dinilai berdasarkan rekod prestasi akademi, penyertaan dalam ko-kurikulum, kualiti kepimpinan, kemahiran berkomunikasi, kebolehan interpersonal, personaliti, keyakinan diri dan latar belakang keluarga.

Pemberian biasiswa ini adalah bagi tahun ke-12. Ia meliputi elaun sara hidup pelajar, yuran tuisyen dan yuran lain yang berkaitan dengan pra universiti, ijazah tempatan dan luar negara dalam pelbagai bidang seperti undang-undang, sains aktuari, ekonomi dan pengurusan antarabangsa.

Selain biasiswa tersebut, SC juga menyediakan peluang latihan dan penempatan kepada para pelajar sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memelihara dan membangunkan modal insan. Di bawah program ini, para pelajar diberikan penempatan jangka pendek sehingga tiga bulan di SC bagi membolehkan mereka mendapat pendedahan kepada pasaran modal Malaysia.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup