90% pelabur Bernas yang Mengalami Kerugian Menerima Pampasan dalam Langkah Penting Tindakan Perolehan Semula Sivil SC

41 yang Lain Belum Lagi Menuntut Hak

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2006

Suruhanjaya Sekuriti (SC) setakat ini telah pun membuat pembayaran ganti hampir 90 peratus atau 275 pelabur bawah skim pembayaran ganti bagi kerugian daripada kes dagangan orang dalam yang membabitkan saham-saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Ini merupakan peristiwa penting dalam program penguatkuasaan sivil SC kerana ini adalah kali pertama pelabur yang mengalami kerugian di Malaysia berjaya memperoleh ganti rugi daripada kerugian pelaburan yang diakibatkan oleh pelanggaran undang-undang sekuriti.

Dalam bulan Ogos 2004, SC memulakan tindakan penguatkuasaan sivil terhadap Kuala Lumpur City Securities Sdn Bhd (KL City Securities) dan Wan Azmi bin Wan Abdul Rahman (Wan Azmi), menuntut supaya diserahkan kembali keuntungan yang diperoleh secara tidak sah daripada dagangan orang dalam saham-saham Bernas.

Ini menghasilkan perolehan sebanyak RM2.08 juta daripada KL City Securities—sekali kali ganda daripada jumlah yang diperoleh KL City Securities daripada dagangan orang dalam saham-saham Bernas. KL City Securities dan Wan Azmi juga dikehendaki membayar penalti sivil, masing-masing sebanyak RM300,000 dan RM150,000.

Selain 275 pelabur yang telah mendapat ganti rugi daripada keuntungan yang diperoleh semula itu, SC kini memanggil 41 pelabur lain untuk menuntut hak masing-masing di bawah skim pembayaran ganti rugi tersebut dalam tempoh 30 hari daripada 24 Ogos 2006, di mana selepas itu skim itu akan dibubarkan.

Empat puluh satu orang pelabur tersebut yang namanya disenaraikan di sini boleh membuat tuntutan dengan menghubungi KPMG Corporate Services Sdn Bhd, ejen pengagihan bagi skim pembayaran ganti rugi tersebut.

KPMG Corporate Services Sdn Bhd
Wisma KPMG
Jalan Dungun
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Tel: +603 2095 3388 (talian am)
Pegawai untuk dihubungi: Tan Chee Peng (sambungan 8107) / Hairil Nizam Hamzah (sambungan 8115)

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup