ACCA dan AOB mencadangkan pelan tindakan untuk mengoptimumkan bakat dalam firma perakaunan
15 Januari 2013   |   Kuala Lumpur
Dalam usaha untuk menangani kadar atrisi dan pusing ganti dalam firma perakaunan, (Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah (ACCA) dan Lembaga Pemantauan Audit (AOB) telah menjalankan satu kaji selidik bagi menentukan situasi bakat audit di Malaysia.

Hasil laporan tersebut yang bertajuk ‘Optimising Talent in Accounting Firms’ (Mengoptimumkan Bakat Dalam Firma Perakaunan), telah dilancarkan semalam di Forum Kumpulan Pengawal selia Audit ASEAN yang dianjurkan oleh AOB, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Kaji selidik yang dijalankan pada suku tahun terakhir 2012 itu mendapati bahawa majoriti (86%) juruaudit luaran yang dikaji selidik seronok dengan kerja mereka. Mereka memperakui bahawa kerjaya sebagai juruaudit luaran membuka banyak peluang kerjaya, dan laluan pembangunan kerjaya secara umumnya dapat dilihat sehingga ke peringkat pengurusan kanan.

Kaji selidik itu juga mendapati bahawa peluang untuk memperoleh pelbagai pengalaman, potensi memperoleh pendapatan yang tinggi pada masa hadapan dan pekerjaan yang terjamin berada pada kedudukan tinggi sebagai faktor utama pengekalan tenaga kerja. Para pekerja juga menghargai peluang kerja yang dipelbagaikan, berstruktur dan kerja-sambil-belajar.

Ini mengukuhkan pandangan sedia ada bahawa bekerja dalam firma perakaunan memberikan asas yang sangat baik kepada kerjaya profesional dalam industri kewangan dan perakaunan.

Kaji selidik itu seterusnya mencadangkan pelan tindakan yang boleh diguna pakai oleh syarikat bagi mengambil dan mengekalkan bakat kerja. Pelan itu mengemukakan cadangan, yang antaranya termasuklah supaya syarikat mewujudkan budaya penglibatan dan keterbukaan, yang mana kaki tangan berasa yakin untuk mengemukakan isu-isu berkaitan dengan kesejahteraan dan kepuasan kerjaya mereka; mewujudkan persekitaran kerja yang lebih bersesuaian bagi membantu kakitangan wanita supaya sebilangan besar berminat untuk kekal bekerja dan digalakkan menanam cita-cita untuk menjadi rakan kongsi; meningkatkan kesedaran terhadap nilai audit kepada pemegang kepentingan yang akan membawa kepada pengurangan tekanan ke atas fi audit.

Nik Hasyudeen Yusoff, Pengerusi Eksekutif AOB, berkata: “Kaji selidik itu memberikan wawasan kepada firma perakaunan yang terbabit mengenai bagaimana kakitangan mereka melihat usaha mereka dalam menarik dan mengekalkan bakat kerja. Sangat menarik untuk diambil perhatian bahawa pada masa audit dilihat memberikan platform yang baik bagi pembangunan kerjaya, banyak responden mencari peluang yang lebih baik termasuk lebih keseimbangan dalam kehidupan peribadi dan pekerjaan. Syarikat juga perlu berusaha lebih keras bagi menjadikan peluang perkongsian sebagai satu cadangan yang mempunyai nilai yang menarik. Ini penting kerana pengalaman mengekalkan kakitangan dalam syarikat merupakan salah satu elemen penting dalam mengekalkan kualiti perkhidmatan.”

Jennifer Lopez, Ketua ACCA Malaysia, berkongsi pendapat yang sama dan menasihati firma perakaunan supaya lebih menyedari tentang jurang generasi yang wujud di kalangan kakitangan.

“Kerjaya dalam sektor awam akan terus menjadi daya tarikan kepada bakat-bakat baru menyertai tenaga kerja dalam industri ini. Lebih penting lagi bagi firma perakaunan untuk terus memperbaiki strategi pembangunan dan pengekalan bakat mereka. Kini, memandangkan semakin ramai generasi Y membanjiri tenaga kerja, jangkaan adalah berbeza dan strategi serta ganjaran pembangunan bakat secara tradisional tidak lagi berkesan seperti dahulu,” kata Lopez. Tambahnya lagi: “Akauntan profesional Malaysia sentiasa diperlukan sama ada di dalam atau di luar negara, sebahagian besarnya kerana bakat serba boleh, kemahiran dan pengalaman kami. Permintaan global ini merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana ia menunjukkan yang kami telah melalukan yang terbaik. Walaupun firma perakaunan perlu dipuji kerana, daripada pandangan responden, telah bekerja keras mewujudkan inisiatif pembangunan bakat, jelas masih ada ruang untuk diperbaiki dari segi ganjaran dan keseimbangan kehidupan bekerja.”

Untuk maklumat lanjut mengenai laporan tersebut, sila layari http://www2.accaglobal.com/documents/optimising-talent.pdf


LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT


SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup