Ahli Lembaga SC Baharu Dilantik

SIARAN MEDIA

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2023

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pelantikan Dato’ Mohammad Faiz Azmi dan Dato’ Alizatul Khair Osman Khairuddin sebagai Ahli Lembaganya untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa pada 15 Ogos 2023.

Lembaga, dilantik oleh Menteri Kewangan, bertanggungjawab untuk mengawasi keseluruhan tadbir urus SC dan diberi mandat untuk pengawalseliaan serta pembangunannya.

Pengerusi SC, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin mengalu-alukan pelantikan baharu ke Lembaga SC. "Latar belakang mereka akan membawa perspektif baru dan memastikan pendekatan yang menyeluruh untuk membuat keputusan dan pengawasan," katanya.

“Pelantikan Dato’ Mohammad Faiz dan Dato’ Alizatul bermakna barisan Lembaga SC akan terdiri daripada kumpulan profesional yang lebih pelbagai dengan pengetahuan luas dalam pelbagai sektor,” katanya.

Dato’ Mohammad Faiz mempunyai lebih 38 tahun pengalaman dalam audit dan khidmat nasihat perniagaan di Malaysia dan United Kingdom. Beliau ialah bekas rakan kongsi dan Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai Presiden Institut Akauntan Malaysia dan Pengerusi Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia.

Dato’ Alizatul mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman, pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman dan Hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) oleh Yang di-Pertuan Agong pada November 2020.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup