Ahli Suruhanjaya Baru untuk SC

Kuala Lumpur, 15 Februari 2000

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin mengumumkan bahawa, Menteri Kewangan, seperti yang tersebut di bawah Seksyen 4 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, telah melantik Cik Siti Hadzar binti Mohd Ismail sebagai Ahli Suruhanjaya, berkuatkuasa pada 1 Februari 2000. Beliau menggantikan Encik Salehuddin bin Mohamed, Pengarah Bahagian Aktuari /Aktuari Kerajaan di Kementerian Kewangan.

Cik Siti Hadzar adalah Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan. Setelah berada di dalam perkhidmatan awam sejak tahun 1971, Cik Siti Hadzar mempunyai pengalaman bekerja selama hampir 29 tahun dengan sektor Kerajaan.

Sebelum Kementerian Kewangan, Cik Siti Hadzar telah menyertai Unit Perancang Ekonomi, menyandang jawatan, antara lain, dalam Jawatankuasa Pelaburan Asing dan Seksyen Ekonomi Makro.

Semasa tempoh perkhidmatannya, Cik Siti Hadzar telah terlibat di dalam pelbagai mesyuarat menteri peringkat antarabangsa seperti Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN, Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan APEC serta Mesyuarat-mesyuarat Bank Dunia/Tabung Kewangan Antarabangsa. Beliau juga telah mendapat anugerah Kesatria Mangku Negara (KMN) dan Johan Setia Mahkota (JSM) pada tahun 1983 dan 1998, masing-masing.

Cik Siti Hadzar memperolehi Sarjana Sastera (Ekonomi Pembanguan) daripada Williams College, Amerika pada tahun 1976.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup