Akses pasaran modal Malaysia yang berterusan dan boleh dipercayai penting untuk keyakinan pasaran dalam masa terdekat dan jangka panjang
19 Mac 2020   |   Kuala Lumpur

Langkah membendung Covid-19 merupakan keutamaan bagi Kerajaan, yang dimudahcarakan oleh sistem kewangan yang berfungsi sepenuhnya, termasuk pasaran saham. Pengawal selia, Bursa dan peserta pasaran boleh berfungsi sepenuhnya dan menyokong pasaran di samping mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa) memperakui turun naik pasaran semasa dalam persekitaran yang mencabar dan tidak menentu. Kami akan mengekalkan operasi dagangan dan pasaran yang berterusan, bagi memudahcarakan pelabur menguruskan risiko dan peluang mereka dalam tempoh ini. Adalah penting bagi pasaran untuk terus dibuka, kerana penutupan pasaran tidak akan mengurangkan atau menangani punca turun naik pasaran. Sebaliknya, ia akan mewujudkan sentimen pasaran yang tidak menentu dan buruk dengan menafikan akses pelabur kepada pelaburan mereka.

Malaysia mempunyai pasaran domestik dan ekosistem pasaran modal yang berdaya tahan. Pasaran kita terus disokong oleh kemudahcairan domestik yang meluas antara institusi-institusi besar. Ketika keadaan pasaran yang mencabar, pelabur memerlukan kepastian dan kesinambungan.

SC dan Bursa mempunyai langkah kesinambungan perniagaan, termasuk tapak operasi sokongan, kemudahan pemulihan dan saluran komunikasi alternatif untuk mengendalikan pasaran dalam situasi pandemik. Pada masa yang sama, semua pengantara pasaran mempunyai rangka kerja kesinambungan perniagaan untuk memastikan kesinambungan perniagaan mereka.

Langkah-langkah pengurusan pasaran (cth. pemutus litar pasaran, had harga statik dan dinamik) tersedia dan diketahui umum oleh peserta untuk menguruskan turun naik yang berlebihan. Dana penjelasan, margin dan deposit yang kukuh juga tersedia bagi memastikan risiko penjelasan dan penyelesaian diuruskan dengan baik.

SC dan Bursa akan terus memantau perkembangan berterusan untuk mengurus secara aktif risiko dalam pasaran dan akan memperkenalkan langkah berjaga-jaga tambahan yang sewajarnya.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
BURSA MALAYSIA BERHAD
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup