Amaran mengenai Swiss Cash atau Swiss Mutual Fund

Kuala Lumpur, 5 September 2006

Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ingin memaklumi orang ramai bahawa Swiss Mutual Fund, sebuah syarikat yang mempromosikan dana Swiss Cash, tidak mempunyai lesen atau dikecualikan daripada keperluan mendapat lesen daripada Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit. Syarikat ini juga tidak diberikan lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk menjalankan aktiviti atau perkhidmatan pengurusan aset di Malaysia. Dana Swiss Cash yang dipromosikan oleh Swiss Mutual Fund tidak mendapat kelulusan atau pengesahan daripada Suruhanjaya Sekuriti.

Dana Swiss Cash ialah program pelaburan berasaskan internet yang dipromosikan oleh Swiss Mutual Fund, sebuah syarikat pengurusan dana yang mendakwa ia berdaftar di luar negeri, dan peluang pelaburan dalam dana itu ditawarkan melalui Internet dan ejen tempatan.

Orang ramai hendaklah melabur melalui institusi yang diberi lesen oleh pihak berkuasa sahaja. Sekiranya terdapat keraguan, orang ramai perlu menyemak dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau pihak berkuasa lain yang berkaitan mengenai status pelesenan syarikat tempatan atau asing yang berkenaan sebelum membuat sebarang pelaburan.

Orang ramai boleh menghubungi Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai dana itu:

Jabatan Pengaduan, Suruhanjaya Sekuriti
Tel: 03-6204 8999
Faks: 03-6204 8991
E-mel: [email protected]

Bank Negara Malaysia
Tel: 03-2691 0824/2692 6482/2698 2810/2694 2143
Faks: 03-2698 7467
E-mel: [email protected]

BANK NEGARA MALAYSIA DAN SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup